Susulan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan penangguhan sesi pendaftaran secara fizikal/bersemuka kesemua pelajar IPT kemasukan Oktober 2020 yang akan dilakukan beberapa hari saja lagi, kurang dari beberapa jam dari memo itu dikeluarkan, netizen telah melancarkan kempen #MenteriKPTsilaletak jawatan.
Rata-rata menyuarakan rasa marah kerana kurangnya perancangan baik dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang didakwa sudah menyusahkan ramai mahasiswa khususnya yang sudah mula berkampung atau melakukan penerbangan dari Sabah dan Sarawak.
Netizen beranggapan, pihak KPT telah menyusahkan para pelajar, tidak berfungsi dan rata-rata berasa kasihan melihat rakan-rakan yang telah melalui penerbangan. Malah satu tweet memaklumkan rakan mereka dari Lendu, Sarawak sudah melakukan penerbangan untuk pendaftaran masuk ke university dan apabila terjadi begini, ia dianggap benar-benar menyusahkan pelajar yang bukan datang dari keluarga berada.
Malah #MenteriKPTsilaletak jawatan trending di twitter dan ada lebih 30.3 tweet sejak ia dilancarkan.
Dalam kenyataan media beberapa jam lalu KPT memaklumkan pihak mereka amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarkan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari lagi dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.
KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat.
Justeru itu, KPT mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.
Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal / bersemuka pelajar-pelajar terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.
Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. PIhak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.
Wanita Rogol Lelaki? 4 Kes Jadi Bukti Situasi Ini Bukan Auta
Kalau bercerita tentang kes rogol yang berlaku di negara kita, mesti ramai yang bersimpati kepada mangsa kerana seorang perempuan diperlakukan dengan begitu kejam sekali.
Tapi, bila ada kes perempuan rogol lelaki, ramai pula yang terpinga-pinga dan macam tak percaya situasi ini juga berlaku di dalam masyarakat dunia.
Pelik tapi benar, ini adalah 4 fakta kes wanita rogol lelaki yang mungkin tidak ramai pernah tahu.
Let’s check this out! Jangan ada yang terkejut pula ya.
1. 4 wanita perkosa seorang lelaki di Kanada
Kes ini berlaku sekitar empat tahun yang lalu, di mana seorang remaja lelaki berusia 19 tahun berseorangan di kelab malam dan bertemu dengan empat orang wanita yang menawar untuk menghantarnya pulang.
Namun, dengan tidak semena-mena remaja itu diperkosa oleh empat orang wanita tersebut di tempat letak kereta.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan secara spesifik tentang serangan ini kerana tiada penangkapan yang dibuat. Mangsa tidak tampil untuk membuat laporan polis sehingga la selepas seminggu kejadian berlaku. (huffingtonpost.com)
2. Perompak yang ditangkap dijadikan hamba seks
Pasti menyesal perompak ni bila hajat nak merompak di sebuah salon rambut akhirnya menjadi tragedi apabila pemilik salon tersebut mengikatnya dan menggunakannya sebagai hamba seks selama tiga hari.
Viktor Jasinski, 32, mengaku kepada polis bahawa dia telah pergi ke salon itu untuk merompak tetapi situasi bertukar apabila pemilik salon, seorang wanita yang kebetulan mempunyai black belt dalam karate telah memberinya tendangan tunggal.
Mangsa diheret ke bilik belakang dan diikat dengan wayar pengering rambut. Lelaki itu didakwa ditelanjangkan dan dijadikan hamba seks selama tiga hari dan dipaksa mengambil viagra sebagai ‘pengajaran’ untuknya kerana mahu merompak salon tersebut. (dailymail.co.uk)
Perghh, ini kes paling ganas yang kami pernah dengar. Hehe..
3. Ketua Rukun Tetangga rogol 6 lelaki bawah umur
Kes ini pernah heboh di negara seberang dan merupakan kes pertama tentang wanita memperkosa lelaki di Indonesia. Kejadian ini berlaku di Bengkulu dan si pelaku berusia 40 tahun telah menempiaskan nafsunya kepada enam orang lelaki yang masih bawah umur.
Pesalah mengaku tidak merasa puas dengan suaminya sehingga dia bertindak untuk menggoda lelaki-lelaki muda dan akhirnya mereka akan dipaksa untuk melayani nafsunya.
Enam orang lelaki bawah umur telah mengaku menjadi mangsa kejahatan seksual yang berlaku sekitar tahun 2011 hingga 2012. (merdeka.com)
Haishh, macam-macam.
4. Wanita cantik rogol lelaki
Kisah ini lebih misteri bila seorang wanita yang dikenali sebagai Valeria menggunakan racun labah-labah untuk memerangkap mangsanya.
Kes ini mulai dikesan apabila pihak polis berasa curiga dengan jumlah pesakit lelaki yang mempunyai masalah sama iaitu keracunan klonidin dan mengalami kecederaan pada alat kelamin.
Tidak ada yang melaporkan kepada polis sehinggalah seorang lelaki ini tampil membuat aduan yang mereka dijemput ke apartmen seorang wanita cantik yang friendly untuk datang minum-minum.
Rupanya mereka telah diracun dengan dadah yang membuatkan mereka tidak sedar selama 24 jam. Wanita itu seterusnya mengikat ketat kemaluan lelaki-lelaki tersebut dengan tali untuk memastikan organ tersebut tegak dan kemudian merogol mereka.
Pihak polis menganggarkan bahawa terdapat lebih 50 mangsa tetapi mereka semua malu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. (wc-news.com)
Terbukti dengan kes-kes yang tersenarai ini menunjukkan bahawa mangsa jenayah rogol bukan hanya seorang perempuan, malah lelaki juga turut menjadi korban.
Hati-hati bang.
“WAJIB Solat Subuh Berjemaah & Tak Boleh Tidur Selepas Tu”, Inilah Rahsia Kejayaan 10 Beradik Di UIAM
Semalam tular di media sosial kejayaan 10 beradik yang kesemuanya berjaya memperoleh ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di mana kejayaan ini dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku di mana kesemuanya adalah graduan dari universiti sama.
Selepas kisah ini tular, anak kesembilan, Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz telah menulis di fbnya tentang rahsia kejayaan mereka 10 beradik.
Ternyata didikan mak ayah yang amat menitik beratkan soal menjaga Islam dan amalan solat berjemaah Subuh adalah antara rahsia terbesar kejayaan mereka 10 beradik.
Bacalah kisah perkongsiannya, jadikan inspirasi untuk korang semua.
SIAPA MAK AYAH DI MATA KAMI?
Saya tak sangka gambar kami adik beradik 10 orang memakai robe UIAM yang saya upload semalam menjadi tular dan mendapat perhatian pihak UIAM. Ramai yang mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang minta kongsi tips bagaimana cara mak ayah kami mendidik kami.
Jadi in sha Allah saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak tentang siapa mak ayah di mata kami.
Memandangkan saya merupakan anak kesembilan, mungkin banyak saya akan cerita berdasarkan apa yang saya tahu dan dengar daripada abang-abang dan kakak saya sahaja. Ayah kami, Ir Haji Fauzi bin Abdullah merupakan seorang jurutera sivil graduan University of Manchester manakala mak, Wan Jamaliah binti Megat Hashim pula seorang suri rumah.
Didikan ayah memang jenis style ‘old school’ sikit. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan tidak boleh berkompromi terutamanya perkara-perkara berkaitan prinsip agama. Ayah awal-awal dulu tersangatlah tegas dan garang. Saya yang last-last ni tak merasa sangat zaman awal didikan ayah.
Menurut kakak, ayah sangat mengambil berat tentang didikan agama, pergaulan, pemakaian dan pemakanan kami. Bahkan ketika zaman sistem perbankan islam belum ada, ayah tidak pernah berhutang untuk membeli kereta atau rumah kerana ayah tidak mahu anak-anak disuap daripada hasil riba. Begitulah betapa telitinya ayah dalam membesarkan kami.
ARTIKEL LAIN : Rupanya Senang Je Nak Dapat 4.0 Flat, Baca Rahsia Dua Kali Penerima Anugerah Dekan Ini
ARTIKEL LAIN : 3 Semester 3 Kali Terima Anugerah Dekan, Apa Rahsia Pelajar Ini?
ARTIKEL LAIN : Pelajar Engineering Ini Dapat 4.0 & 2 Kali Dekan, Salah Satu Kejayaanya Adalah Self Help
Pendidikan agama sangat ditekankan sejak dari kecil lagi. Ayah sendiri yang mengajar abang dan kakak kami untuk mengaji alquran di rumah dan kemudiannya diteruskan oleh kakak kami Maryam Fauzi yang akan mengetuai adik beradik lain mengaji alquran setiap kali selepas maghrib. Beliau siap buat jadual silibus khas untuk adik-adik yang lain capai. Ada target.
Setiap malam Jumaat pula kami akan duduk bersama-sama membaca surah alkahfi beramai-ramai. Dan tidak salah saya rasa kalau saya katakan adik beradik kami hafal surah alkahfi sejak sekolah lagi kerana amalan ini! Manakala setiap pagi hujung minggu, kami diwajibkan untuk membaca al-ma’surat beramai-ramai sampai habis.
Kami semua dihantar ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi kecuali abang dan kakak-kakak yang atas kerana masa tu sekolah rendah agama mungkin belum ada. Yang lain dihantar bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman (bawah kelolaan MUSLEH) manakala sekolah menengah pula kami semua dihantar belajar di sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu, sekolah kelolaan kerajaan negeri Kelantan. 3 orang daripada kami dihantar belajar tahfiz di Darul Quran dan saya merupakan salah seorang daripadanya.
Ayah dan mak banyak mengajar kami berdikari sejak kecil. Kerja rumah, belajar dan kebersihan ayah akan selalu pantau. Kalau kat rumah ayah memang tak bagi kami membazir masa. Tidur selepas subuh pun tak boleh. Buat la apa sahaja. Baca buku, tolong buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Janji jangan membazir masa. Pelajaran pula ayah dan mak akan pastikan kami boleh fokus sendiri tanpa disuruh-suruh.
Ayah dengan mak memang sangat rajin beramal. Tahajud dan qiyamullail sudah menjadi rutin biasa. Pergi mana-mana, solat berjemaah subuh dan baca ma’surat memang tak pernah sekali pun tertinggal sepanjang saya kenal ayah!. Ayah akan pastikan juga untuk solat berjemaah walaupun hanya di rumah bersama keluarga.
Ayah dan mak selalu berpesan, pergi mana-mana pun, jaga imej Islam dan keluarga. Solat dan alquran jangan pernah lupa. Hidup ini tak kekal lama. Sentiasa jadi yang terbaik dalam bidang kita dan bermanfaat pada orang, walau ke mana pun kami dicampak. Apabila tahu cerita kami tular, ayah hanya berpesan supaya gunakan platform yang Allah bagi ini untuk berdakwah kepada orang lain.
Begitulah serba sedikit tentang mak dan ayah kami. Nampak saja tegas, tapi sangat penyayang. Kami sangat-sangat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang mementingkan Islam sebagai cara hidup tanpa meminggirkan urusan dunia.
Ayah dan mak meninggalkan satu amanah yang besar untuk kami pikul. Agar anak cucu mak ayah, terus menerus mendidik generasi akan datang, menjadi manusia yang berguna khususnya untuk agama.
Lastly kenapa memilih UIAM bukan institusi pengajian lain? Itu kena tanya ayah. Sebab ayah rasakan UIAM yang paling terbaik untuk kami sekeluarga dan memang rezeki kami untuk belajar dan grad di sini.
Sekian sahaja coretan daripada saya. Moga ada manfaat untuk semua. Anda boleh share je post ni tanpa minta izin ya. 🙂
-Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
BDS IIUM
Berdasarkan fbnya juga, Dr Abdul Rahman menyenaraikan apa pekerjaan mereka 10 beradik termasuk usia mereka kini.
Finally, officially completely graduated!! ???
1. Anas bin Fauzi
Age : 40
Grad : 2002
Course : Bachelor of Laws (Hons)
Occupation:
Advocates & Solicitors of High Court of Malaya
(Tetuan Anas Fauzi & Co.)
2. Maryam bt Fauzi
Age : 39
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2003)
2)Master in Comparative Laws ( Grad 2004)
Occupation: Former Law Lecturer ( Foundation of IIUM)
3. Asiah bt Fauzi
Course :
1)Bachelor of Human Science (Hons) (Grad 2004)
2)Master in Human Science (Major psychology) (Grad 2012)
Occupation: Lecturer ( International Islamic College)
4. Sumayyah bt Fauzi
Age : 37
Course :
1)Bachelor of Law (Hons) (Grad 2005)
2)Master in Comparative Laws (Grad 2009)
Occupation: Advocates&Solicitors of High Court of Malaya
Legal Executive, Energy Commission
5. Fatimah bt Fauzi
Age : 35
Grad : 2009
Course : Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering (Hons)
Occupation: Teacher
6. Muadz bin Fauzi
Age : 34
Grad : 2009
Course : Bachelor of Information Technology (Hons)
Occupation: Manager, TM
7. Aishah bt Fauzi
Age : 32
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2012)
2)Bachelor of Laws (Shariah) (Hons) Grad 2013)
Occupation: Executive, Shariah Compliance Dept, Takaful Ikhlas Berhad
8. Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah
Age : 31
Course :
1)Persijilan Darul Quran ( grad 2006)
2)Bachelor of Mathematical Science (Hons) (grad 2011)
3) Master of Science in Applied Mathematics (grad 2014) *UITM*
Occupation: Former Adni International Islamic School
9. Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 29
Grad : 2015
Course : Bachelor of Dentistry (Hons)(BDS)
Occupation: Private Dentist
10. Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 26
Grad : 2018
Course :
1)Persijilan Darul Quran
2) Bachelor of Medicine & Surgery (Hons) (MBBS)
Occupation:Operational Manager of Hidayah Centre Pahang
Ibu Muda Tergamak Tekup Bayi Hingga Maut, Gara-Gara Hadapi Tekanan
Depression ataupun tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh diabaikan begitu sahaja. Kesan gejala ini kepada diri boleh menganggu gugat kesejahteraan seseorang dari segi emosi dan fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN : Dalam Tak Sedar, Ramai Dari Kita Terkena ‘High Function Depression’. Jangan Pandang Remeh Soal Tekanan Perasaan.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tragis apabila ibu muda berusia 20 tahun telah ditahan bersama teman lelakinya kerana disyaki menekup dan mencekik anaknya yang berusia 18 bulan selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominium di Cyberjaya pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Tertekan Dengan Masalah Keluarga
Menerusi keterangan awal, suspek mendakwa mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
Bayi yang dibawa dalam keadaan tak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Bayi itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di hospital. Pihak polis yang menerima laporan daripada hospital cuba menghubungi ibu yang menjadi suspek utama tetapi gagal dihubungi.
“Bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.”
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.”
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa.” lapor Berita Harian.
Teman Lelaki Nafi Terlibat
Selain suspek, teman lelakinya berusia 21 tahun yang merupakan pelajar kolej turut ditahan, bagaimanapun nafi terlibat di dalam kes ini. Dia mendakwa telah hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap untuk bermalam dengan suspek, namun pada waktu kejadian, dia dikatakan sudah pulang.
Difahamkan, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat kerana tidak berada di lokasi semasa kejadian berlaku.
Hmmm sedihnya, bayi yang tidak bersalah meninggal di tangan ibunya sendiri. Semoga peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita semua…
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.