Lebih 30.3K Tweet, Trending Di Twitter Menteri Pengajian Tinggi Didesak Letak Jawatan

Share

Susulan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan penangguhan sesi pendaftaran secara fizikal/bersemuka kesemua pelajar IPT kemasukan Oktober 2020 yang akan dilakukan beberapa hari saja lagi, kurang dari beberapa jam dari memo itu dikeluarkan, netizen telah melancarkan kempen #MenteriKPTsilaletak jawatan.

Rata-rata menyuarakan rasa marah kerana kurangnya perancangan baik dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang didakwa sudah menyusahkan ramai mahasiswa khususnya yang sudah mula berkampung atau melakukan penerbangan dari Sabah dan Sarawak.

Netizen beranggapan, pihak KPT telah menyusahkan para pelajar, tidak berfungsi dan rata-rata berasa kasihan melihat rakan-rakan yang telah melalui penerbangan. Malah satu tweet memaklumkan rakan mereka dari Lendu, Sarawak sudah melakukan penerbangan untuk pendaftaran masuk ke university dan apabila terjadi begini, ia dianggap benar-benar menyusahkan pelajar yang bukan datang dari keluarga berada.

Malah #MenteriKPTsilaletak jawatan trending di twitter dan ada lebih 30.3 tweet sejak ia dilancarkan.

Dalam kenyataan media beberapa jam lalu KPT memaklumkan pihak mereka amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarkan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari lagi dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat.

Justeru itu, KPT mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal / bersemuka pelajar-pelajar terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. PIhak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros