Lebih 4 Tahun Jadi Pramugari, Zeera Azizi Kongsi 5 Tempat Paling Best Di New Delhi

Share

Nurazeera Azizi merupakan antara finalis Dewi Remaja 2018/19 yang sebelum ini juga bergelar sebagai seorang pramugari di salah sebuat syarikat penerbangan tanah air.

Sebaik saja tamat persekolahan, Zeera memilih untuk terus bekerja kerana ingin merasa hidup berdikari untuk mendapatkan wang daripada hasil titik peluh sendiri. Lagi pun, gadis ini memang meminati bidang penerbangan sejak kecil lagi kerana ibunya juga pernah menjadi salah seroang pekerja di bahagian ticketing suatu ketika dulu.

Salah satu perkara yang paling best dan rasanya semua orang pun tahu, menjadi seorang pramugari ni sudah pasti mereka berpeluang untuk menjejakkan kaki ke negara orang.

“Macam-macam tempat Zeera dah pergi. Lahore, Pakistan, New Delhi, Mumbai, Amritsar, PerthMelbourne, Brisbane, Bali, Jakarta dan banyak lagi. Zeera pun dah tak ingat berapa negara yang Zeera pernah singgah,” jelasnya sambil tersenyum.

Dalam banyak-banyak negara yang dilawati, tentu sekali ada tempat favorite

yang Zeera boleh kongsikan kepada kita semua. So, ada tak mana-mana tempat yang Zeera suka dan mungkin juga masih ramai yang takt ahu keunikan tempat tersebut?

“Oh, mestilah ada. Zeera rasa paling best bila pergi New Delhi sebab di sana kalau korang nak shopping memang murah. Harganya sangat jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan negara kita. Sangat-sangat murah,” katanya.

Okay kalau macam tu, jom kita tengok antara lima tempat menarik di New Delhi untuk korang boleh masukkan dalam checklist percutian nanti.

1. Sarojini Nagar

Tempat ini lebih kurang macam pasar saja. Tapi menjual pelbagai jenis sari, dari yang murah harga belasan ringgit sampailah yang beratus ringgit. Disini, korang kena pandai tawar menawar. Barulah dapat harga yang berbaloi.

Biasanya tempat ini sesuai untuk orang yang bakal berkahwin kerana bolehlah nak cari kain yang sesuai dengan harga murah. Kalau di Malaysia tak dapatlah harga macam tu.

2. Janpath

Tempat ini banyak menjual pelbagai jenis beg yang agak berkualiti. Antara beg yang dijual disana adalah beg viral yang digilai oleh ramai rakyat Malaysia. Harganya sangat tak masuk akal sebab terlalu murah. Ada banyak pilihan mengikut cita rasa kita. Disini juga ada menjual sari dan kurta untuk lelaki dan kanak-kanak.

3. Taj Mahal

Taj Mahal merupakan salah satu keajaiban di dunia. Rugilah kalau dah sampai Delhi tapi tidak ke sini kan?

Kalau dari Delhi biasanya perjalanan ke Taj Mahal mengambil masa tiga jam jika menaiki keretapi. Kita boleh tengok budaya mereka sangat berbeza dengan kita. Sama seperti dalam cerita Hindustan tu. Disebabkan Zeera memang suka tengok filem Hindi, so bila berada di sana memang fefeeling macam dalam movie Hindi. Hehe!

4. India Gate

India Gate ni tempatnya cuma ada pintu gerbang saja tapi pelancong akan mengambil gambar disini sebagai kenangan yang mereka pernah melawat New Delhi. Di tempat ini ada askar yang menjaga di sekeliling gerbang tersebut.

Bagi Zeera tempat ini agak menarik walaupun hanya sebuah gerbang saja sebab korang boleh lihat macam mana ia dikawal rapi oleh askar disana.

5. Red Fort

Merupakan salah satu tempat bersejarah dimana menjadi tempat tinggal maharaja zaman dinasti. So, korang bolehlah tahu serba sedikit tentang sejarah negara mereka untuk menambah pengetahuan.

Bangunan Red Fort ini juga sangat cantik dan boleh nampak unsur-unsur zaman penjajahan kalau dilihat dari luar.

Nah, bila dengar Zeera bercerita ni rasa macam nak terus terbang ke India pula. Hiks!

Banyak sebenarnya pengalaman pahit manis sepanjang gadis berusia 22 tahun ini berkhidmat sebagai pramugari. Antaranya melayan karenah penumpang dari serata pelusuk negara. Namun, ia sedikit pun tidak membuatkan Zeera patah semangat atau jemu dengan kerjayanya sekarang.

Pengalaman sering berhadapan dengan orang mungkin menjadi kelebihan untuk Zeera dalam Dewi Remaja ini. Sudah pasti gadis ini mempunyai komunikasi yang baik dan punya keyakinan yang tinggi ketika berhadapan di depan kamera. Betul tak?

“Sebenarnya Zeera excited nak tunggu Dewi Remaja ditayangkan di Astro Ria. Tapi dalam masa yang sama nervous juga. Ye lah, komen-komen dari netizen nanti kita tak tahu macam mana. Tapi apa saja yang akan dikritik Zeera ambil secara positif tak kiralah komen yang baik atau buruk,” ujar Zeera.

So guys, jangan lupa saksikan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 episod satu pada 25 November ini di Astro Ria dan Ria HD.

Published by
Noor Ain Norman