When there is a will, there is a way.
Dalam kes pagi ini, when there is an Apple product on sale, there are 400 people queuing up!
Peminat jenama Apple di seluruh dunia pastinya serba tahu mengenai kewujudan jualan gudang Switch Warehourse Clearance Sale. Penulis juga pernah menyertai jualan sebegini yang diadakan oleh mereka.
Namun, kami tidak sangka pula apabila jualan pada hari ini mampu menarik pengunjung seramai ini sehinggakan mereka terpaksa beratur panjang.
Berlangsung di kompleks membeli-belah MyTown, orang ramai telah mula beratur seawal jam 4 pagi lagi dari luar pintu masuk bangunan, koridor pejalan kaki sehinggalah ke jalan raya terdekat.
Pada waktu tersebut, rakan media dari Soya Cincau menganggarkan kira-kira 300 sehingga 400 orang sudahpun mula beratur untuk mendapatkan produk Apple. Mereka terbahagi kepada dua barisan memandangkan terdapat dua pintu masuk berbeza ke dalam bangunan tersebut.
Ada barisan yang nampak teratur, seperti barisan di sebelah stor H&M. Namun ada juga barisan yang memang tak nampak macam barisan pun bersebelahan dengan kafe Starbucks. Mungkin kerana mereka sedar perlu menunggu beberapa jam lagi sebelum dibenarkan masuk. Jadi, semua orang pun seperti tidak endahkan etika perlu beratur mengikut giliran.
Pada waktu kejadian (sebelum subuh), memang sudah ada lebih 400 orang. Namun, ada yang melaporkan sudah ada pengunjung yang mula beratur sejak tengah malam tadi. Turut kelihatan adalah beberapa katil boleh lipat yang dibawa pengunjung.
Seperti biasa, dalam jualan sekencang ini, pasti akan ada pengunjung yang tak menghormati orang lain dan selamba je memotong barisan. Keadaan ini memaksa pengawal bangunan untuk bertindak tegas dan beratur secara betul.
Good luck lah korang yang pergi hari ni, tak tahulah stok cukup tak untuk semua pengunjung.
Apa yang boleh korang buat adalah untuk sentiasa check LIVE update terbaru jumlah stok di laman web Switch Malaysia.