Selebriti korea dan pasangan popular, HyunA dan Dawn akhirnya selamat bertunang selepas lebih enam tahun melalui episod suka dan duka dalam percintaan.

HyunA & Dawn Bersatu Selepas 6 Tahun Bercinta, Cincin Tunang Jadi Perhatian!

Pada 3 Februari 2022, Dawn barkongsi video dan foto di Instagram-nya dan menunjukkan dirinya dan Hyuna erat menggenggam tangan sambil tumpuan terarah kepada set cincin serasi serta kapsyen “Marry Me”.

Tambah menarik adalah pemilihan cincin pertunangan pasangan ini yang unik dan jarang ditemui; ibarat diri mereka sendiri. Ia dihiasi batuan opal sebagai tarikan utama dan bukannya berlian.

Mengikut kepercayaan pereka barangan kemas, batuan opal adalah simbol kepada tuah dan selebihnya, ia bergantung kepada jenis opal yang dipilih seperti simbol cinta, kemesraan, kesetiaan, kesucian dan macam-macam lagi.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Unik Betul Rekaan Cincin Tunang Ariana Grande, Sumber Dalaman Dedah Konsep & Nilainya! – REMAJA

HyunA & Dawn Bersatu Selepas 6 Tahun Bercinta, Cincin Tunang Jadi Perhatian!
Cincin pertunangan yang cukup unik dan menarik.

REMAJA difahamkan bahawa dua bentuk cincin pertunangan itu telah direka khas oleh Diligems, sebuah jenama barangan kemas di Korea Selatan yang pakar dalam mencipta aksesori secara handmade. Kongsi Diligems video Dawn di Instagram Story mereka, ia berbunyi, “Akhirnya!” lalu mengesahkan tanggapan peminat bahawa Dawn telah lama merancang untuk melamar HyunA.

HyunA & Dawn Bersatu Selepas 6 Tahun Bercinta, Cincin Tunang Jadi Perhatian!

Pada kebiasaannya, cincin batuan opal yang direka Diligems akan mencecah harga sekitar USD100 hingga USD200. Memandangkan cincin pertunangan HyunA dan Dawn ini adalah rekaan khas dan turut dihiasi beberapa lagi batuan mewah, mungkin sekali nilainya melebihi USD200.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hyojong (@hyojong_1994)

Hubungan mereka berdua bukan lagi satu kejutan untuk peminat hiburan K-pop biarpun industri hiburan itu selalunya lebih memilih untuk menyembunyikan perhubungan cinta sesama selebriti daripada dapat dihidu oleh peminat.

Namun, pengumuman pertunangan ini telah berjaya mengejutkan para peminat mereka berdua yang menyambut baik perkembangan menggembirakan itu.

Ads

Rata-rata peminat telah mengikuti kisah HyunA dan Dawn yang berpacaran sejak 2016. Bermula sebagai satu rahsia di antara mereka berdua saja sehingga akhirnya diketahui umum, pasangan sama cantik sama padan ini langsung berterus-terang dan berkongsi saja foto serta video mesra menerusi media sosial selama beberapa tahun kebelakangan ini; satu perkara yang dianggap baharu dalam industri hiburan K-pop.

Mungkin telah tiba era baharu di Korea Selatan di mana peminat kini sudah boleh menerima perhubungan intim sesama selebriti kegemaran mereka. Iyalah, mereka bpun selalu bertemu sesama mereka sama ada sewaktu bekerja atau di luar. Tidak hairanlah jika timbul bibit-bibit percintaan dek kerana bergelumang dalam industri yang sama.

Diharap perhubungan HyunA dan Dawn ini akan berkekalan hingga ke jinjang perkahwinan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI