Tapi, NCIG tu apa sebenarnya?
NCIG ialah peranti elektrik yang dikatakan boleh menghilangkan rasa ketagih merokok. Sejak ia dilancarkan pada 12 Januari lalu, produk alternatif untuk berhenti merokok ini dilaporkan telah terjual lebih 60,000 unit dalam tempoh kurang 4 bulan.
Wow! Ini bermaksud 60,000 orang perokok tegar telah beralih daripada batang rokok biasa kepada NCIG.
Cuma penulis tertanya-tanya, betulkah ia tidak mempunyai kesan sampingan?
Kata pengasas NCIG iaitu Shariffuddin Bujang, dia adalah pengguna pertama NCIG memandangkan dirinya sendiri adalah seorang perokok tegar sejak zaman sekolah.
“Selepas setahun, saya berjaya berhenti merokok dan sejak itu, barulah saya yakin untuk menjualnya kepada orang lain,” katanya yang terlibat dalam acara Malaysia International Vape Summit 2019.
Dari segi sama ada ia selamat atau tidak, REMAJA memandangnya dari sudut sihat di mana ia tiada kandungan seperti TAR dan nikotin. Lagipun, bukan mudah untuk seorang perokok berhenti daripada ketagihan itu. Jadi kami merasakan NCIG adalah baik untuk proses transisi untuk meninggalkan tabiat merokok.
Tambah membanggakan, produk Malaysia ini telahpun menembusi pasaran Indonesia. Lebih 10,000 peranti NCIG telah menjadi milik para perokok di Indonesia.
Malah ia pun telah menjadi peranti elektrik bercukai pertama yang mendapat persetujuan dari Direktorat Jenderal Bea dan Cukai ( DBJC) di Indonesia. Ini membuktikan ia mendapat persetujuan dari segi keselamatan penggunaannya.