Lebih Cantik & Menawan, ‘Bob Hair Era’ Pilihan Gaya Rambut Daiyan Trisha

Share

Daiyan Trisha sememangnya bintang fesyen dan stail masa kini.

Selain memiliki rupa paras yang cantik, figura ini juga memiliki estetik gaya yang tersendiri dan bijak berfesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Persis Remaja! Imej Terkini Nora Danish Curi Perhatian Netizen

Segala ‘percubaannya’ dalam menggayakan sesuatu untuk dirinya tidak pernah menghampakan dan gagal di mata pencinta fesyen.

Mengetahui ‘style’ apa yang bertepatan dan sesuai dengan dirinya, langsung mencetus rujukan buat wanita-wanita di luar sana terutamanya, golongan remaja.

Terbaharu, pelakon naskhah popular Projek: High Council ini tampil dengan gaya rambut terbaharunya, sekali gus menjadi bualan ramai terutama para peminat di media sosial.

Mengenakan ‘bob hairstyle’, sebuah hantaran beberapa keping foto di Instagram miliknya yang menampilkan gaya potongan rambut pendek itu menuai kata-kata pujian warganet dan rakan selebriti.

“Daiyan bob hair era,” coretnya di ruangan kapsyen.

Omg, you actually did it ! Love it !” komen pelakon Hun Haqeem

OMG SHORT HAIR GANGG U LOOK SOO GOOD,” tulis juga penyanyi Aishah Retno.

Eeee so beautiful !!” komen penyanyi Ernie Zakri.

Selain itu, ini antara gaya rambut yang pernah digayakan Daiyan Trisha yang menjadi pilihan Remaja:

1

2

3

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Daiyan Trisha



Published by
Fath