Kehebatan anak Malaysia sudah tidak perlu dipertikai kerana pengacara televisyen Baki Zainal telah pun membuktikan apabila dia berjaya melakar sejarah di peringkat dunia kerana memenangi cabaran video GoPro Million Dollar Challenge.
Daripada 42,000 video penyertaan dari 104 negara, video milik Baki Zainal menjadi antara 56 video yang berjaya menawan hati juri.
Seramai 45 peserta yang juga pemilik kepada 56 video tersebut mendapat wang tunai melibatkan sebanyak AS$1 juta (RM4,085,361.02) atau AS$22,222 (RM90,800.94) setiap seorang.
Ads
Video yang diambil semasa bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang dimuat naik pada laman instagramnya dan menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka serta beratus komen.
Ads
Ramai yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Baki dalam membawa nama Malaysia.
Ads
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Baki Zainal. Inilah namanya rezeki kan. Masuk theme park bayar berapa ratus sahaja, tapi hasilnya dapat berjuta-juta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Datuk Adi Putra telah mencuri perhatian ramai apabila diangkat sebagai duta International College of Management and Sports.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, pelakon naskhah hit Lelaki Itu bersyukur di atas pelantikan berkenaan dan akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
“Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas perlantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” coretnya ringkas.
Menerusi perkongsian sama, pelakon filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto momen menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Terdahulu, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced), namun telah menjadi perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengacara dan personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran ke hadrat llahi apabila anak perempuan kesayangannya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, semalam.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang seluruh A dalam kesemua mata pelajaran.
“Ya Allah syukur, keputusan UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!
“Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar. Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut menzahirkan penghargaan buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.
Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.
“Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata. Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 13 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon berkaliber, Uqasha Senrose sempat memberi reaksi terhadap para peserta yang hadir di uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023, yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur, Ahad lepas.
Menurut pelakon drama popular Perempuan Tanpa Dosa itu, mereka yang hadir bagi mencuba nasib mempunyai personaliti tersendiri.
Uqasha bagaimanapun berkata para peserta haruslah mengasah lagi bakat dan membuat persediaan terlebih dahulu, sebelum hadir ke uji bakat.
“Mereka buat bagus, sejujurnya semua yang hadir hari ini bagus. Tetapi biasalah manusia, pertama kali datang uji bakat pasti kita akan ada rasa gugup, gementar.
“Apa yang saya nampak mereka ada personaliti, bakat menyanyi dan berlakon. Cuma, mungkin mereka perlu mengasah lagi dan buat persediaan yang banyak,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu turut mengingatkan buat mereka yang hadir sebaiknya datang kerana ingin mengetengah bakat yang ada, bukanlah hanya untuk menjadi terkenal sahaja.
“Satu perkara yang penting adalah jika nak lakukan perkara ini bukan sebab mahu popular, tetapi buatlah kerana minat iaitu minat dalam lakonan, menyanyi, mengacara.
“Selepas itu, popular akan datang kemudian. Bagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak dapat, jangan sedih, down dan berputus asa,” ujarnya lagi.
Untuk informasi, uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan diteruskan di tiga negeri iaitu di Pulau Penang, Sabah dan destinasi terakhir di Selangor.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...