Wanita sangat mementingkan penampilan diri dan disebabkan oleh itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik. Perut buncit antara masalah utama yang sering memberikan tekanan kerana kebanyakan wanita ingin tampil sempurna dikhalayak ramai.
Untuk mengatasi masalah ini, ada individu yang mengambil inisiatif memakai korset bagi mengurangkan perut buncit. Ramai yang menyangka dengan pemakaian korset dapat memperbaiki postur badanm hakikatnya pemakaian korset ketat dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang (melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang).
Menurut Public Health Malaysia
, pemakain korset juga akan mengakibatkan tulang rusuk dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus. Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru-paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik.Sistem penghadaman akan terhimpit menyebabkan asid daripada perut naik esofagus menyebabkan gejala GERD. Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu.
Apa yang akan terjadi kepada buah pinggang dan hati?
Korang mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis-majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja. Namun, jika korang memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan.
Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, termasuklah pengumpulan lemak di bahagian perut, masalah dalam abdomen seperti fibroid dan pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) disebabkan oleh pelbagai penyakit.
Namun, sekiranya masalah perut buncit korang disebabkan pengumpulan lemak, cara untuk mengatasinya adalah lebih baik jika melakukan senaman. Terdapat beberapa teknik senaman yang dikongsi oleh myhealth.gov.my yang korang boleh ikut dan antaranya adalah seperti berikut:
a. Baring terlentang dengan tangan diatas paha. Angkat bahu seolah hendak bangun ataupun seolah hendak bawa tangan ke lutut. Tidak perlu bangun habis, separuh sahaja, asalkan boleh nampak kaki korang. Lakukan 20 ulangan dan boleh ditambah sekiranya mampu.
b. Baring dengan kedua-dua lutut bengkok ke atas dan tapak kaki di atas lantai. Siku pada paras bahu (seolah tangan dibelakang kepala), bawa lutut kanan dan siku kiri menemui satu sama lain secara serentak. Lakukan yang sama dengan siku kanan dan lutut kiri. Jumlah ulangan boleh ditentukan mengikut kemampuan diri.
Namun, disyorkan kalau boleh buat dalam 10 ulangan setiap kali. Lakukan dua atau tiga kali. Lakukan senaman ini setiap hari.
c. Menambah bakteria baik ke dalam usus. Penambahan bakteria baik dalam usus dapat dilakukan dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi bakteria baik seperti susu masam dan yogurt.
Jadi, elakkan pemakaian korset dalam tempoh masa yang lama kerana ia hanya akan memudaratkan kesihatan dan tubuh badan korang. Jangan ambil jalan mudah untuk tampil cantik.
Sumber: Public Health Malaysia, myhealth.gov.my