Lebih Kompak & Nipis Apabila Dilipat, OPPO Find N3 Flip Juga Hadir Dengan Kamera Yang Lebih Profesional!

Share

Isi Kandungan

Toggle

The First Flip Phone Telephoto Camera for Incredible Portraits

Tidak sampai setahun sejak menawarkan Find N2 Flip, Oppo kini hadir dengan kemas kini baharu untuk segmen peranti yang sama.

Dikenali sebagai Find N3 Flip, ia merupakan generasi ketiga untuk peranti dengan skrin boleh lipat jenis clamshell daripada jenama ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Ada Kelas Tersendiri! OPPO Reno 10 Pro+ Beri Pengalaman Kamera Serba Canggih, Maksimum Buat Pengguna

Reka bentuk

Find N3 Flip menawarkan konsep reka bentuk yang sama namun lebih praktikal untuk kegunaan harian pengguna. Ia sesuai buat mereka yang gemarkan sebuah peranti lebih kompak dan nipis apabila dilipat.

Lebih menarik, peranti ini juga boleh ditutup dengan rapat sepenuhnya tanpa jurang yang kelihatan diantara skrin. Dalam masa sama turut menyokong kebolehan membuka skrin di pelbagai sudut mencapai 110 darjah.

Tertarik juga dengan persembahan Cover Screen Style yang kini memaparkan animasi haiwan comel dalam imej 3D yang menampakkannya seakan hidup dan bergerak.

Kamera

Terdapat juga penjenamaan Hasselblad yang secara jelas menunjukkan Oppo sekali lagi bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk kebolehan kamera pada peranti. Melengkapinya lagi adalah LED Flash berbentuk bulat yang diletakkan dibawah bonggol kamera.

Sistem tri-kamera yang digunakan terdiri dengan sensor 50MP IMX890 yang menyokong OIS terbina. Ini digabungkan juga dengan sensor ultra sudut lebar 48MP dan telefoto 32MP yang menyokong zoom optikal sehingga 2X dan hibrid 5X.

Tiada zoom periskop disertakan dan had zoom digital pula boleh mencapai 20X. Namun harus diingatkan zoom hanya sehingga 10X apabila melakukan rakaman video. Kamera hadapan pula sebesar 32MP f/2.0 dengan fokus kekal digunakan.

Kemudian diikuti dengan pelbagai mod kamera terbina seperti Pro, Video, Photo, Portrait dan More. Mod makro juga akan dipilih secara automatik apabila objek dikesan hampir dengan lensa.

Bagi yang memerlukan aplikasi kamera lebih professional, Film dan Xpan Mode turut boleh digunakan dengan kawalan lebih terperinci.

Kemampuan video pula boleh dirakam pada tetapan maksimum 4K 30FPS dengan HDR dengan hanya rakaman 1080P sahaja boleh merakam pada kadar 60FPS. Sistem penstabilan terbina juga dimuatkan dengan dua pilihan tangkapan sama ada 0.6X atau 1X.

Terdapat juga pintasan kecil untuk Dual Preview yang boleh memaparkan pratonton pada skrin luar untuk tangkapan foto lebih mudah.

Fuh style habis kalau pakai telefon pintar ini. Ha! Lepas ini gambar korang mesti lebih da boom! 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath