Berita

Lebih Maju! Batu Caves Akan Dilengkapi Eskalator Hujung Tahun Ini

Share

Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuih Kegemaran Ramai! Karipap Duduki Tangga Kelima Pastri Paling Sedap Di Dunia

Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu Tan Sri R. Nadarajah berkata eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.

“Kami berharap kerajaan akan membantu kerana ini akan membolehkan golongan orang kurang upaya dan warga emas yang tidak dapat menaiki tangga, untuk sampai ke kuil utama,” kata Nadarajah pada sidang media bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong hari ini.

Sementara itu Sim berkata Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan program Kesuma MADANI di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO

 

 

Published by
Adriana Syaurah