Kian hari, industri hiburan Malaysia makin diwarnai dengan kemunculan kumpulan girl group. Antara yang menarik perhatian adalah Dolla, kumpulan remaja wanita Malaysia, yang kini berjaya memasakkan kehadiran mereka dalam industri seni hiburan tempatan dengan cukup kukuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Tabby Dolla Berjaya Tamatkan Pengajian, Genggam Ijazah Bidang Perniagaan
Memasuki tahun kelima dalam industri, Dolla masih memegang teguh gelaran girl group
nombor satu Malaysia. Namun baru-baru ini situasi mulai tegang apabila peminat kumpulan lain mula membanding-bandingkan prestasi dan kebolehan penyanyi kumpulan ini dengan ‘girl group favourite’ mereka.“Sejujurnya saya suka melihat makin banyak girl group muncul dan bertapak di industri seni tanah air sebab ia lebih meriah dan lebih bagus bagi saya.
“Makin ramai penyanyi memeriahkan industri, makin kita terdorong untuk push ourselves untuk menjadi lebih baik dan mensajikan persembahan yang lebih berkualiti,” jelas salah seorang ahli kumpulan Dolla, Tabby.
Tabby yang baru-baru ini ditemui di sambutan ulang tahun ke-40 jenama jam tangan terkenal, G-Shock turut menjelaskan bahawa dia teruja untuk melihat lebih banyak kumpulan penyanyi mengorak langkah dalam membina nama.
Turut berkesempatan berkongsi plan akan datang kumpulannya, Tabby mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album pertama mereka tidak lama lagi.
“Untuk perancangan masa hadapan, Dolla akan keluarkan album pertama kami very very soon.
“Jadi pastikan korang stay tuned dengan akaun Instagram kami untuk sebarang pengumuman kerana kami juga akan adakan jelajah konsert Dolla, khas buat peminat yang sudah lama menyokong,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Tabby & Dolla