Baru-baru ini, sepasang kembar berkongsi kegembiraan apabila masing-masing meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 3.84 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada 23 Julai.
Wong Shuang Er dan Wong Shuang Yee yang kini berusia 20 tahun dan juga penuntut Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Kedah mengakui sangat bertuah dilahirkan sebagai pasangan kembar kerana memberi kelebihan untuk mereka belajar dan berbincang bersama-sama jika ada subjek kurang difahami.
“Pada mulanya, kami keliru dan tidak tahu hendak menyambung pengajian ke mana selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi atas nasihat bapa, kami buat keputusan memasuki Tingkatan Enam dan ternyata keputusan itu berbaloi”
“Saya rasa lebih mudah belajar apabila ada saudara kembar, kami berbincang mengenai pelajaran di rumah, malah kami juga dapat berkongsi banyak perkara kerana belajar di sekolah sama”
Menurut pasangan kembar ini, mereka
berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan di Universiti Sains Malaysia (USM).Sekadar info, Shuang Er antara 10 calon STPM 2023 kolej berkenaan yang berjaya mencatat keputusan PNGK 4.00, manakala Shuang Yee memperoleh PNGK 3.84.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.