Foto: independent.co.uk

Malaysia dikenali sebagai antara negara yang boleh dikatakan agak panas kerana terletak di garisan khatulistiwa dan mengalami dua musim iaitu lembap dan kering sepanjang tahun. Kebanyakan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia juga mengakui bahawa suhu negara kita agak tinggi dan panas.

Namun begitu, sebenarnya Malaysia bukanlah negara yang dikategorikan terlampau panas kerana suhu tertinggi yang dicatatkan di negara kita hanya sekitar 37.4 darjah Celsius sahaja. Sebaliknya, terdapat negara yang lebih panas dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius.

Pergh, tak boleh bayang macam mana bahangnya di negara tersebut.

Sesuai dengan keadaan negara yang agak panas sekarang, apa kata kalau kita lihat negara yang pernah mencatatkan suhu tertinggi dan menjadi antara paling panas di dunia supaya korang lebih bersyukur Malaysia tidaklah sepanas mana pun. Hehe!

1. Amerika Syarikat

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: tripsavvy.com

Mungkin ramai yang menganggap bahawa negara AS adalah antara negara yang sejuk, namun AS mempunyai sebuah tempat yang dinamakan Death Valley atau lebih tepatnya di Furnace Creek Ranch di mana suhu tempat tersebut boleh mencapai 56.7 darjah Celsius yang memecahkan rekod dunia pada 10 Julai 1913.

Ads

Walaupun sudah lebih dari 100 tahun berlalu, tempat ini tetap terpanas pernah dicatatkan di bumi dan menjadikan Amerika Syarikat negara paling panas di dunia.

Walau bagaimanapun, yang anehnya taman nasional Death Valley ini juga mengalami suhu yang sejuk ketika musim sejuk.

2. Tunisia

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: medium.com

Negara ini mencatatkan suhu 55 darjah Celsius pada 7 Julai 1931 di bandar Kebil. Pada musim panas, negara ini mencatatkan suhu sekitar 32/33 darjah Celsius dan musim sejuk lebih menyenangkan kerana suhu direkodkan sekitar 16/18 darjah Celsius.

Ads

3. Kuwait

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: kwttoday.com

Kuwait tersenarai dalam negara ketiga yang pernah memegang rekod suhu tertinggi pada 21 Julai 2016 dengan bacaan suhu 54 darjah Celsius di bandar Mitribah.

4. Iran

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: tasteiran.net

Iran adalah negara yang biasanya menjadi sangat panas ketika musim panas dan mempunyai iklim yang lebih ringan pada musim sujuk, terutamanya di kawasan pergunungan. Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Iran adalah pada 29 Jun 2017 dengan suhu 54 darjah Celsius.

5. Iraq

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: voanews.com

Pada 22 Julai 2016, Iraq mencatatkan suhu terpanas di bandar Basra iaitu 53.9 darjah Celsius. Sama seperti Iran, negara ini juga menjadi sangat panas ketika musim panas dan musim sejuk biasanya iklimnya lebih ringan.

Ads

Walau bagaimanapun, ia juga berbeza bergantung pada wilayah mana yang korang kunjungi. Kawasan pergunungan lebih sejuk pada musim sejuk dengan lebih banyak taburan hujan. Pada musim panas, suhu terpanas akan berada di bahagian utara, yang mempunyai iklim seperti padang pasir.

6. Pakistan

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: thenews.com.pk

Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Pakistan adalah pada 28 Mei 2017 di bandar Turbat. Pada musim panas, ia boleh menjadi sangat panas sehingga asphalt mulai mencair. Suhu paling tinggi yang pernah direkodkan adalah 53.7 darjah Celsius.

7. UAE

Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem
Foto: thenationalnews.com

Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang menjadi antara yang terpanas di dunia dengan suhu rata sepanjang tahun. Ini menyebabkan ramai orang memilih Dubai sebagai destinasi percutian musim sejuk. Suhu paling panas yang pernah dicatatkan oleh negara ini adalah 52.1 darjah Celsius.

Ha, korang boleh bayangkan tak macam mana rasa panasnya dengan suhu lebih 50 darjah Celsius ni?

Sumber: swedishnomad.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI