Lebih Ringan, Lebih ‘Impactful’! adidas Ultraboost Light Kasut Larian Terbaik Untuk 2023?

Share

Tanpa memerlukan pengenalan lanjut pun, umum sudah mengetahui mengenai kelebihan teknologi Ultraboost yang diperkenalkan oleh jenama sukan dan gaya hidup, adidas. Sudah sedekad Ultraboost diperkenalkan oleh adidas dan sehingga kini, telah ramai pelari yang setia dengannya serta tidak beralih ke rekaan jenama kasut larian lain.

Bulan April 2023 menandakan satu lagi fasa evolusi buat Ultraboost apabila adidas baru-baru ini memperkenalkan rekaan terbaru untuk siri kasut lariannya paling ikonik ini.

Pembaharuan pada rekaan kali ini dijana oleh respon yang diterima daripada pembeli adidas dan dipercayai mampu memuaskan keinginan pelbagai jenis pelari yang setia dengan kasut Ultraboost mereka.

Hasilnya, adidas hadir dengan material terbaru yang dinamakan sebagai Light BOOST di mana model Ultraboost Light ini dikatakan 30 peratus lebih ringan daripada material BOOST terdahulu lantas membantu meningkatkan lagi prestasi si pelari dalam memberikan mereka keselesaan dan tindak balas pantas pada setiap langkah larian.

Baru-baru ini, REMAJA berkesempatan untuk menyertai acara larian empat kilometer Ultraboost Light Run anjuran adidas di sekitar kejiranan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya bagi menjadi di antara antara individu pertama yang mencuba sendiri model Ultraboost Light ini dan hasilnya, kami merasakan bahawa..

YES!

adidas Ultraboost Light merupakan salah satu rekaan kasut larian yang paling menyelesakan pernah kami cuba.

Perasaan ringan pada setiap langkahan sememang dapat dirasai apabila kasut ini tidak ‘mencengkam’ pada bahagian jari. Sebaliknya, ia mempunyai PRIMEKNIT+ upper serba ringan yang membolehkan kaki korang ‘bernafas’ dengan selesa. Ia seakan mengikut bentuk kaki sang pelari dengan kelebihan adapted fit miliknya.

Pada bahagian tapaknya pula adidas Ultraboost Light menampilkan jenis tapak Continental Natural Performance Rubber yang membenarkan daya tarikan optimum. Tidak kiralah berlari semasa cuaca sejuk ataupun di bawah terik panas, ia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan jalan atau trek.

Dan tentunya kami tidak perlu menyakinkan korang mengenai pilihan warna dan reka bentuk kasut larian ini memandangkan adidas Ultraboost Light didatangkan dalam salah satu rekaan paling cantik pernah kami saksikan selama 10 tahun teknologi BOOST diperkenalkan di pasaran.

Istimewa untuk ulang tahun kesepuluh ini, adidas menampilkan warna putih ataupun hitam dengan dengan stripes hitam di sisi dan percikan warna jingga serta biru pada bahagian sisi dan bawah tapak.

Sekiranya korang juga seperti REMAJA berminat dengan adidas Ultraboost Light ini, ia sudahpun boleh dimiliki di stor dalam talian dan fizikal adidas pada harga RM869. Tidak mustahil, model ini berkemungkinan menjadi model kasut larian terbaik untuk tahun 2023 biarpun tahun ini masih berbaki sembilan bulan lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ