Dari fasa bujang ke beraya bersama pasangan hidup, lapan orang selebriti ini ternyata lebih ceria meraikan Aidilfitri pada tahun ini setelah bergelar suami dan isteri. Selain perlu berkompromi dalam soal memilih kampung belah mana yang harus dituju terlebih dahulu, mereka juga bijak menggandingkan warna sedondon bagi persalinan Raya masing-masing.
Haqiem Rusli
Speaking of sweet, memang sweet benar pasangan muda ini kan! Haqiem, 23 dan isteri, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19 menyifatkan Ramadan pertama sebagai suami isteri sebagai sesuatu yang luar biasa dan tidak dapat digambakan dengan kata-kata. REMAJA pasti Aidilfitri kali ini juga lebih ceria untuk mereka berdua.
Puteri Aishah
Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah tampak cukup ceria dan masih dilanda ‘demam’ bulan madu bersama suami, Muhammad Firdaus Sulaiman pada Hari Raya tahun ini. Mereka menyambut Aidilfitri di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama keluarga Puteri pada hari raya pertama. Biarpun berbeza status apabila kini bergelar isteri, Puteri masih memegang amanah menjaga ibunya yang sakit dan bersyukur suami memahami situasi tersebut.
Azzam Sham & Sheryl Shazwanie
Korang pernah tak dengar istilah ‘baraan’? Haa, itulah aktiviti yang dilakukan penyanyi, Azzam Sham pada Aidilfitri pertama bersama isteri, Sheryl Shazwanie. Baraan dalam bahasa Jawa bermaksud aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah dan bersyukur ia dapat diteruskan kembali di kawasan tempat tinggalnya di Taman Medan, Petaling Jaya. Tahun ini, Azzam meraikan Aidilfitri di kediaman mertuanya.
Yonnyboii
Yonnyboii yang baru meluncurkan lagu duet Hari Raya berjudul Semangat Lebaran Kita bersama-sama Wani Kayrie memilih persalinan serba hitam dengan aksesori perak bersama isteri, Nik Nazira yang dinikahinya pada 25 November lalu.
Miller Khan
Meraikan Aidilfitri penuh bersederhana, pelakon Miller Khan bagaimanapun gembira apabila keraian di Jakarta, Indonesia pada tahun ini bersama isteri bakal disertai oleh ibu serta adik-adiknya yang akan datang ke sana.
Kamal Adli & Uqasha Senrose
Manis mengenakan selendang dan hijab sewaktu beraya di kampung Kamal Adli pada Aidilfitri kali ini, pasangan ini bakal muncul dengan musim terbaru The House yang bakal ditayangkan pada petang Syawal ketiga, hari ini.
Safwan Nazri
Ceria meraikan Aidilfitri bersama keluarga Safwan di Kedah dalam persalinan ungu – merah jambu, pelakon dan usahawan ini yang dinikahkan bersama pasangan pilihan hati, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu nampak gemar melayan anak buah yang ada di sana. Aik, dah ready ke tu.. hehe.
Zulin Aziz
Selepas sibuk mengendalikan perniagaan sepanjang Ramadan lalu, emilik nama penuh Farah Azleenda Abdul Aziz ini meraikan Aidilfitri bersama suami, Farhan Norzaini dengan penuh ceria dalam persalinan klasik hijau pucuk pisang di kampung mertuanya dekat Kuala Pilah.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.