Cuti pada hari Isnin dan Selasa sebagai contoh dipanjangkan hingga ke Ahad seterusnya. Itulah kita masyarakat di Malaysia, begitu pakar untuk mengatur perjalanan bercuti.
Namun, situasinya nyata berbeza di Jepun.
Bermula 28 April lalu, rakyat di sana menyambut cuti panjang atau lebih dikenali sebagai Golden Week. Cuti selama 10 hari ini juga berkaitan denganacara peralihan takhta Maharaha Akihito yang diserahkan kepada Putera Mahkota Naruhito.
Acara peralihan pada asalnya hanya mengambil tempoh 2 hari (pada 30 April dan 1 Mei). Namun cuti tersebut berlarutan sehingga 8 Mei kelak apabila beberapa hari cuti lain bertembung berturut-turut.
Ia bermula 29 April lalu ketika rakyat Jepun menyambut Hari Showa untuk memperingati hari kelahiran Maharaja Showa (Hirohito). Ia diikuti dengan cuti 2 hari untuk acara peralihan sebelum disambung cuti sempena Hari Peringatan Konstitusi (3 Mei), Greenery Day (4 Mei) dan Hari Kanak-Kanak (5 Mei).
Kedua-dua cuti terakhir itu kemudiannya dibawa ke hari Isnin dan Selasa which means,
lebih banyak lagi hari percutian!Jika sesuatu seperti ini berlaku di Malaysia, kita sudah pasti merancang percutian panjang untuk ke luar negara, balik kampung atau melakukan program-program tertentu.
Namun di Jepun, rakyat mereka sudah terbiasa dengan rutin bekerja keras sehinggakan mereka tidak boleh duduk diam walaupun dalam mood bercuti.
Menurut laporan media di Daily Mail, 45% rakyat Jepun tidak berasa gembira apabila cuti 10 hari ini diumumkan secara rasmi oleh kerajaan mereka. Ini membuatkan mereka lebih bingung untuk memikirkan bagaimana untuk merancang percutian dan apa yang akan terjadi kepada kerja yang tertangguh di pejabat.
Mereka juga khabarnya merungut mengenai kos percutian seperti kos pengangkutan dan kos penginapan yang semakin tinggi baru-baru ini.
Hanya 35% yang ceria dengan Golden Week manakala selebihnya adalah golongan yang belum atau tidak bekerja.
Hhm, mungkin rakyat Jepun boleh pelajari manfaat bercuti dan itenerari terbaik daripada rakyat Malaysia. Hehe..