
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah pun menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM).
Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan ijazah itu di Istana Arau.

Menurut Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata ijazah kehormat dianugerahkan kepada Lee Chong Wei di atas jasa baktinya dalam mengharumkan nama negara sebagai pemenang pingat perak sebanyak tiga kali di Sukan Olimpik, selain merupakan Tokoh Sukan Negara.
Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan Pingat Emas Canselor (Pelajar Terbaik Segala Lapangan) kepada Khaw Teng Kang, graduan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.97.
Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual menzahirkan rasa besar hati atas pengiktirafan ini dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan USM dalam memajukan bidang Sains Sukan.

“Pertama kali saya mendapat anugerah seperti ini dan saya akan melihat bagaimana saya boleh gunakan pengalaman saya dalam bidang sukan ini untuk membantu pihak universiti pada masa akan datang,” ujar Chong Wei.
Tahniah buat lagenda badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Catat 3691 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, 6 Negeri Lagi Dikenakan PKP

3691. Itulah jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan hari ini. Sememangnya, angka tersebut ibarat satu tamparan kepada Malaysia, secara amnya tentang bagaimana kita telah membiarkan situasi wabak di negara ini meningkat secara mendadak sehingga memaksa beberapa buah negeri untuk kembali diletakkan di bawah arahan PKP.
Terbaru, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan melalui perutusan harian Covid-19 bahawa 6 lagi negeri akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 22 Januari 2021.
Keputusan ini diambil selepas enam negeri tersebut merekodkan jumlah kes positif yang agak tinggi sehingga 18 Januari 2021.Jadi sehingga sekarang hanya negeri Sarawak sahaja terlepas dari PKP.
Seluruh negara kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali negeri Sarawak, selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah di enam negeri itu akan mula dikuatkuasakan bermula 12.01 tengah malam pada 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.
Bagaimanapun, usahlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak. Jangan gigih mencari siapakah punca sebenar peningkatan itu. Apa yang penting adalah usaha kita sekarang untuk melandaikan situasi semasa dan jaga SOP agar tidak dijangkiti pandemik maut ini.
Sumber : Astro Awani, MKN
Kebakaran Besar Hutan Seluruh Dunia Petanda Kiamat Seperti Ditulis dalam Surah Al-Dukhan?

Ramai mengaitkan asap jerebu yang melanda negara hari ini berpunca dari kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimantan, Indonesia. Ramai mempersoalkan tindakan tegas yang patut diambil oleh kerajaan Indonesia dari peristiwa ini berulang tahun demi tahun tanpa tiada titik noktah.
Namun di sebalik kabut jerebu yang heboh kita perkatakan, ada sesuatu yang kita terlepas pandang iaitu kaitan kabut asap ini dengan al Dukhan iaitu surah ke 44 yang diturunkan kepada umat Islam sejak 1400 tahun dahulu untuk dibaca, difahami dan diamalkan.
Untuk pengetahuan, surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerebu atau Asap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.

Jika dilihat kepada keadaan dunia hari ini, bukan hanya di Indonesia sahaja berlaku kebakaran besar tetapi titik titik panas ini terdapat di beberapa buah negara dan dunia sehingga mengakibatkan ratusan hektar hutan musnah dengan api marak membakar.
Antara hutan negara yang sedang terbakar kala ini ialah Greece, Spain di mana dilaporkan sebanyak 2000 hektar kawasan musnah dan merebak ke Madrid.

Tidak hanya di Spain, tetapi kebakaran di hutan turut terjadi di Turki di mana dilaporkan sebanyak 500 hektar tanah di Izmir, musnah dan memaksa pihak berkuasa bertungkus lumus memadamkan kebakaran ketika api memusnahkan sebahagian besar hutan-hutan yang menjadi nadi alam untuk kita menghirup udara segar.
Namun kita pastinya tidak boleh melupakan kebakaran besar hutan Amazon apabila dilaporkan lebih 900 hektar Amazon yang menjadi paru-paru dunia terbakar tanpa mampu dipadamkan.
Semua kejadian-kejadian kebakaran besar ini terjadi sekitar Julai, Ogos dan September yang mengakibatkan dunia semakin panas.
Apa kaitan surah al Dukhan dengan bencana yang menimpa dunia hari ini?
Ada yang mengatakan, sebelum keluarnya Imam Mahdi dan Dajjal, akan ada peristiwa dukhon (kabut asap) selama 40 hari 40 malam. Dikatakan dunia akan gelap-gelita kerana tidak ada cahaya matahari dapat menembusi bumi, sumber tenaga elektrik dan ekonomi hancur, teknologi musnah, tidak ada yang dapat dimakan dan air sungai mulai mengering.
Maka orang-orang yang tidak beriman saat itu hanya punyai dua pilihan. Mereka bunuh diri atau menjadi brutal (ganas). Dan wajah orang-orang MUNAFIK menjadi hitam kerana panasnya dukhon. Malah dikatakan meteor akan menghentam bumi sehingga mengakibatkan semua kejadian di atas terjadi.

Semua perkaitan kiamat semakin dekat atau dunia sudah diakhir zaman ini dapat dilihat pada laporan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada Jun lalu memberi amaran bahawa asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris atau sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September. Namun bersyukurlah kerana tiada peristiwa itu dilaporkan setakat berita ini ditulis.
Dalam satu kajiannya, Agensi Angkasa Eropah (ESA) mendedahkan Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Berdasarkan kajian saintis ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Dalam pada itu, apa yang lebih menakutkan, kaitan kiamat semakin hampir apabila paras air Sungai Eufrat, bersama Sungai Tigris, merupakan salah satu sungai paling bersejarah di Timur Tengah yang erat kaitannya dengan peradaban Mesopotamia semakin mengering. Sungai ini merupakan sungai terpanjang di bahagian barat yang mata airnya berada di Anatolia, Turki dan muaranya ada di Teluk Persia dan disebut-sebut sebagai tanda akhir zaman jika ianya mulai mengering.


Dalam sejarah Islam, Abu Hurairah mengatakan, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Kiamat tidak akan terjadi sampai (jika) Sungai Eufrat surut sehingga muncul gunungan emas, di mana banyak orang (yang berada di sana) berjuang untuk berebut emas tersebut, hingga kemudian mereka saling membunuh. Sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berjuang. Dan setiap yang terlibat (dalam perang) berkata, ‘mudah-mudahan aku orang yang selamat itu’.”
Adakah kita bersedia mengisi dada dengan iman dan islam? Dunia sudah semakin ke penghujungnya dan fitnah juga semakin banyak di media sosial. Bersedialah kita kerana kala itu, tiada ibu ayah, tiada sanak saudara dan kita hanya berjuang untuk diri sendiri.
Ratu Cantik Lupakan Gelaran, Kembali Jadi Doktor Perangi Wabak COVID-19

Di saat seluruh dunia sedang berperang melawan pandemik COVID-19, barisan tenaga hadapan seperti doktor, jururawat dan mereka yang terlibat secara langsung sudah pasti ditagih untuk membantu pesakit yang disahkan positif.
Ternyata apa yang dilakukan oleh Ratu Cantik England ini, Dr Bhasha Mukherjee harus diberi pujian kerana memahami betapa ilmu yang ada padanya boleh disalurkan kepada golongan memerlukan rawatan saat ini.
Ya inilah dikatakan, beauty with brain. Tahu untuk melakukan sesuatu yang berfaedah di saat masa yang sesuai.

Kata Dr Bhasha Mukherjee, saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.”
Dan demikian gadis manis dari United Kingdom ini berkata dia sanggup melupakan hasrat menamatkan misi kerja amal di luar negara dan pulang ke negara asal untuk kembali berkhidmat sebagai doktor dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Mukherjee, yang sebelum ini dimahkotakan Miss England dua tahun lalu, berehat dari karier utama beliau sebagai doktor junior bagi memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.
Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan di sana.

Mukherjee, bagaimanapun, berkata beliau membuat keputusan untuk kembali berbakti selepas melihat situasi negara berdepan pandemik yang semakin teruk.
Katanya, beliau juga menerima mesej daripada rakan-rakan di Hospital Pilgrim di Boston, hospital lama tempat beliau pernah bekerja, yang turut menceritakan kepadanya situasi sukar dihadapi mereka ketika ini.
View this post on InstagramA post shared by Dr Bhasha Mukherjee (@bhasha05) on
“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.
“Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya.
Beliau yang pada asalnya sudah merancang untuk memberi fokus kepada kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos tahun ini, tanpa keberatan menghubungi pihak pengurusan hospital untuk memberitahu hasratnya kembali bertugas sebagai pegawai perubatan.
“Saya telah diundang untuk ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan juga negara-negara di Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal,” katanya kepada agensi berita CNN.
Bagi Mukherjee, beliau kagum melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka kerana mengetahui beliau juga mampu untuk membantu.
“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.
United Kingdom setakat Selasa mencatatkan 51, 608 kes jangkitan dan 5,373 kematian akibat COVID-19. Sumber : ASTRO AWANI