
Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Wook muat naik foto terbaru di laman Instagramnya hari ini namun apa yang menarik perhatian netizen adalah dia juga turut menjamu mata peminat dengan menayangkan six packnya.
Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang teruja malah tidak kurang juga yang ternanti-nanti apakah tazkirah yang bakal diberikan oleh PU Azman kepada pelakon drama Goblin itu.
Ternyata, PU Azman tidak menghampakan peminat apabila dia memberikan komen yang ‘win’ kepada Lee Dong Wook.
“Apo tak pakai baju tu Wook? Sojuk ni. Kang kok domam,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang terhibur dengan komen PU Azman tersebut.
Untuk pengetahuan, PU Azman sering meninggalkan komen di foto-foto yang dimuat naik pelakon Touch Your Heart itu laman Instagramnya.
Itu membuatkan ramai peminat terhibur malah ternanti-nanti apa agaknya komen yang bakal ditinggalkan olehnya kepada pelakon itu.
Remaja 16 Tahun Terima Tawaran Belajar Di RCSI, Netizen Beri Pujian Pada Ibu Bapa Emir Haady

Seawal usia 16 tahun, Emir Haady Imran Zulkharnain telah pun mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dengan memperoleh 6A+, 1A dan 1B.
Keputusan yang membanggakan ini telah melayakkan Emir Haady bakal menjadi pelajar termuda ke Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).
Di usia 14 tahun, remaja ini menduduki peperiksaan IGCSE setelah hanya 10 bulan menjalani latihan dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam program A-Level pada Januari 2017. Sekali lagi mendapat keputusan cemerlang A+, 2A dan 1B, Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September depan.

Rata-rata masyarakat Malaysia menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan yang diperoleh oleh anak muda ini. Iye la, masa kita umur 16 tahun dulu tengah fikir nak masuk kelas Sains ke Sastera, tapi Emir dah pun berpeluang melanjutkan pelajarannya ke RCSI. Hehe!
Tahniah Emir Haady!
Ramai juga yang mengucapkan syabas kepada kedua orang tuanya kerana berjaya mendidik anak sehingga menjadi pelajar cemerlang.
Sekali lagi kami ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Emir Haady Zulkharnain. Diharap kisah kejayaan adik ini dapat memberi inspirasi buat masyarakat Malaysia untuk terus berjaya tanpa mengira peringkat umur.
Jaga diri di tempat orang, kami rakyat Malaysia doakan yang terbaik untuk anda. InsyaAllah!
Sumber: thesundaily.my
Baru Berusia 5 Tahun, Si Cilik Maleeq Dragster Cipta Sejarah Juarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024

Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Sapu Bersih Kejuaraan MiniGP, Qabil Irfan Pelumba Cilik Raih Gelaran Juara Dunia Di Usia 11 Tahun
Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.
“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.
“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.
RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
Pelajar 12 Tahun Maut Ketika Guna Telefon Bimbit, 10 Tip Elak Disambar Kilat Petir

Malang tidak berbau.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui ajal selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN : Benarkah Air Hujan Penyebab Sakit Kepala & Demam Selesema, Doktor Beri Penjelasan

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengannya.
Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

“Isteri saya memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.”
Al fatihah buat adik Nur Asyqin dan salam takziah buat keluarga. Moga boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Al-Fatihah ( dengan bacaan untuk Nur Asyqin Qistina ). Untuk korang diluar sana, diharap mengambil pengajaran dari ini dan elak cas telefon pintar ketika hujan atau petir.
Sumber: Astro Awani
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.