Luar Negara

Lee Hsien Loong Umum Perletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Singapura

Share

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam, semalam.

Beliau menyatakan bahawa beliau dan kerajaan pimpinannya akan berundur secara rasmi esok.

Lapor akhbar China Daily, Hsien Loong menasihati Presiden Singapura supaya memilih Lawrence Wong untuk membentuk kerajaan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh Ambil Slip Keputusan SPM Kekal Pada 27 Mei. “Cikgu-Cikgu, Selamat Bercuti!” – Fadhlina Sidek

Tharman menerima perletakan jawatan tersebut dan memaklumkan bahawa Wong akan dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura dan memintanya untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

“Manakala Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan baharu ini,” kata Wong dalam satu sidang akhbar.

Sementara itu, Kim Young akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri. Beliau juga  menggantikan Wong untuk jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Monetari  Singapura.

“Hsien Loong dan Teo Chee Hean pula akan menjadi menteri senior dalam kabinet baharu tersebut,” tambah Wong yang akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Singapura.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: China Daily

Published by
Fath