Mesti ramai dah ternanti-nanti kepulangan idola Kpop mereka pulang daripada latihan ketenteraan, yang mana menjadi kewajipan kepada semua lelaki di Korea untuk menyertai sesi latihan ini.
Ada lebih kurang 18 selebriti dijangka tamat latihan pada tahun ini dan pelakon terkenal, Lee Min Ho juga bakal menamatkan perkhidmatan ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada hari esok (25 April).
Min Ho memulakan khidmatnya sebelum membuat laporan kepada Pusat Latihan Nonsan pada Mac tahun lepas untuk latihan asas ketenteraan selama 4 minggu.
Berita ini disahkan oleh agensinya, MYM Entertainment menerusi kenyataan rasminya semalam.
“Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan secara biasa sahaja tanpa sebarang majlis istimewa.”
Jelas sekali ramai peminat pelakon Kpop ini berasa excited menantikan kepulangan idola mereka.
Bukan saja di Malaysia, negara jiran kita juga Indonesia turut ‘gila’ dengan Lee Min Ho. Lihat saja reaksi mereka. Hiks!
View this post on Instagram
Hari terakhir Tugas ?? . . Video kedua video babang pagi ini yee ? . . #LeeMinHo
A post shared by Indokdrama (@indokdrama) on
Okay lepas ni, korang semua bolehlah lepas rindu melihat semula kemunculan Lee Min Ho di kaca TV. Tak sabar nak tunggu projek terbaru Min Ho.
Semoga Min Ho lebih berjaya dalam kariernya kelak!
Sumber: Koreaboo
Pantai Port Dickson Hanya Dibenarkan Untuk Pengunjung Yang Lengkap Divaksinasi
Kebanyakan sektor pelancongan sudah pun mulai dibuka secara berperingkat dan khabarnya Pulau Langkawi juga dijangka akan dibuka kepada pelancong pada 16 September ini sempena dengan Hari Malaysia.
Dalam kegembiraan kita mendengar banyak lokasi pelancongan yang sudah dibuka, ada beberapa perkara yang korang perlu ambil kira sebelum membuat keputusan beriadah di tempat awam.
Seperti di Port Dickson, individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan daerah itu.
Keputusan ini adalah seperti yang telah digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai itu dibuka pada 26 Ogos lalu.
Semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.
Aktiviti perkelahan serta perkhemahan dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan SOP yang ketat.
Pengunjung juga diingatkan perlu patuh dengan mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum.
Selain itu juga, hanya peniaga yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan berniaga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung yang datang beriadah.
Ha, nampaknya bukan hanya kedai-kedai di pusat membeli-belah sahaja yang akan menyemak status vaksinasi pelanggan, malah kini ada juga pusat riadah terbuka seperti pantai di Port Dickson yang turut mempunyai pegawai penguatkuasa untuk memeriksa sama ada pengunjung sudah divaksinasi atau tidak.
Tak mustahil juga lebih banyak pusat-pusat pelancongan yang akan turut mengenakan arahan yang sama, iaitu hanya pengunjung yang sudah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan berkunjung ke sana.
Betul tak?
Sumber: (1)
Kenali 3 “Yang Arif” Hakim Wanita Jadi Tumpuan Kes Najib Ke Penjara
Semalam, berakhirlah kes berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang rasmi akan menjalani hukuman penjara 12 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Hukuman Terhadap Najib Kekal, Ini 14 Pemimpin Yang Pernah Didakwa Korup
Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Keputusan hukuman yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib pada hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya bekas Perdana Menteri Malaysia yang dipenjara atas jenayah pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram.
5 panel hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut terlibat dalam kes ini.Dua lagi Hakim Persekutuan wanita yang berperanan dalam kes tersebut adalah Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Sementara itu, di media sosial pula netizen membanjiri komen dengan menzahirkan sokongan padu terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan empat panel hakim lain. Mereka memuji ketegasan pasukan hakim yang majoritinya terdiri daripada wanita.
Kenali siapa di sebalik trio hakim hebat wanita yang bergelar “Yang Arif” ini.
TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT
Tun Tengku Maimun Tuan Mat mencipta sejarah menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2022.
Lulusan Universiti Malaya, Tengku Maimun, yang berusia 63 tahun itu memulakan kariernya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1982.
Pada 1984, beliau menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama dua tahun sebelum menyertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan.
Dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan, Tengku Maimun turut memegang beberapa jawatan termasuk majistret, hakim mahkamah sesyen, peguam persekutuan dan penolong kanan pendaftar serta pegawai khas kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 2005 sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2006 dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun berikutnya.
Beliau kemudian dinaikkan pangkat, menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 2013 dan seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan pada November tahun lepas.
DATUK NALLINI PATHMANATHAN
Datuk Nallini Pathmanathan mencipta sejarah sebagai hakim wanita pertama dari kaum India yang menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia iaitu mahkamah tertinggi negara!
Beliau yang dilahirkan pada 23 Ogos 1959 di Pulau Pinang, memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains dari Universiti London dan Diploma Undang-Undang dari Universiti Westminster.
Kerjaya undang-undang beliau bermula pada tahun 1984 apabila dimasukkan ke English Bar sebagai Peguam Cara oleh Middle Temple of United Kingdom.
Datuk Nallini dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mac 2007 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Kemudian beliau dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selepas itu, Datuk Nallini bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 12 September 2014 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 26 November 2018.
DATUK MARY LIM THIAM SUAN
Datuk Mary Lim Thiam Suan dilahirkan pada 4 November 1957 dan kini berusia 65 tahun.
Beliau mendapat pendidikan di University of Leeds dan University of Western Australia.
Datuk Mary dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2009 dan kemudiannya bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selepas itu beliau memegang gelaran sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Dagang).
Pada tahun 2013, beliau menyambung tugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Pembinaan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Pembinaan) sebelum dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016 sehingga 24 Mac 2020.
Datuk Mary dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 25 Mac 2020 sehingga kini.
Sumber: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia & BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kes ‘IKEA Tebrau Bersepah’ Berulang Di Batu Kawan, 2 Minggu Selepas Dibuka!
Yes you read that right. Tak sampai sebulan selepas pelancaran besar-besaran IKEA cawangan utara Semenanjung Malaysia, kawasan pameran di gedung tersebut dilaporkan teruk dicemari perbuatan masyarakat mentaliti kelas dunia ketiga.
Penduduk di negeri utara seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan bahagian utara Perak boleh berbangga untuk memiliki IKEA Batu Kawan. Mengapa tidak, ia adalah cawangan terbesar gedung jenama perabot terkenal dari Sweden itu di Malaysia berbanding IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau.
Bagaimanapun, laporan dan bukti gambar kononnya IKEA Batu Kawan ditemui dalam keadaan bersepah bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan.
BACA: IKEA Batu Kawan Tersangatlah Besar Hingga Pengunjung Perlu Lalui 49 Ruang Pameran
Seorang pengguna akaun Facebook bernama Kelvin Soon nyata cukup kecewa apabila kunjungannya ke sana bersama beberapa orang kawan pada hujung minggu ini disambut dengan keadaan bilik pameran bersepah terutamanya di bahagian ‘Bilik Tidur’ dan ‘Ruang Tamu’.
Haipp korang, letih sangat ke sampai nak landing atas katil pameran tu.
”Saya lihat dah serupa lokasi kejadian ‘kes rogol’ dah. Selimut tercabut daripada katil, bantal bergelimpangan di atas lantai. Orang yang rumahnya pernah dirompak saja yang familiar dengan keadaan bersepah seperti ini,” antara yang dicatatnya di ruangan status.
Okay mungkin status Kelvin tu kedengaran sedikit dramatik, tapi REMAJA faham akan kekecewaannya yang datang jauh dari Sungai Petani. Bukan saja kawasan pameran yang bersepah, pengunjung juga dilihat enggan mengemaskan meja di kafe IKEA selepas makan.
Fine, mungkin tak semua orang rajin untuk mengangkat dulang berisi pinggan kotor mereka ke vaniti. Tetapi sekurang-kurangnya korang boleh kemaskan meja tu sedikit kot..
Guys, ini bukanlah kali pertama kes IKEA bersepah berlaku sebaik ia dilancarkan. Pada November 2017, REMAJA pernah melaporkan kes yang sama berlaku di IKEA Tebrau selepas beberapa hari ia dibuka.
BACA: Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga
Kes bersepah juga pernah dilaporkan berlaku di cawangan terbaru BookXcess di Tamarind Square Cyberjaya. Mungkin sebab inilah banyak pengusaha kedai dan kafe lebih rela mengekalkan konsep minimalis di kedai mereka kerana takut ia akan disalah gunakan.
Kita semua hendakkan fasiliti bertaraf dunia, cawangan kedai antarabangsa di Malaysia. Tetapi bila ia muncul, adakah ini cara kita menghargainya?
Tak kiralah sama ada penduduk di utara atau pengunjung negeri lain yang ‘membuat perangai’, sebagai masyarakat Malaysia Baharu, seharusnya masalah seperti ini tak harus berlaku.