Lee Zii Jia Juara Kejohanan Badminton Asia 2022, Menewaskan Saingan Dari Indonesia

Share

Petang tadi, jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia muncul juara dalam Kejohanan Badminton Asia 2022. Beliau menewaskan pemain dari negara jiran, Jonatan Christie dalam aturan straight set 21-17, 23-21.

Perlawanan yang mengambil masa selama 45 minit itu berlangsung di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila, Filipina. Kemenangan anak kelahiran Kedah ini merupakan kali pertama dia menjadi juara kejohanan individu sejak memenangi All-england 2021.

“Kemenangan ini sangat bermakna kepada saya selepas saya bergelar pemain profesional. Ini merupakan satu permulaan kepada permulaan perjalanan kerjaya profesional saya harapkan akan mendapat lebih pada masa akan datang. Seperti yang saya katakan, target saya tahun ini untuk menstabilkan persembahan saya dan saya harap saya mampu mengekalkannya,” kongsinya dalam sidang media.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Oppa’ Lee Zii Jia Bergaya Sebagai Duta Oppo Siri Reno7

Bila ditanya mengenai persaingannya di peringkat akhir bersama Jonatan, Zii Jia berkongsi, “Dia merupakan seorang lawan yang sukar. Strategi utama hari ini adalah fokus. Jonatan sudah bermain dengan bagus beberapa bulan kebelakangan ini dan saya berkerja keras untuk berlawan menentangnya. Saya sangat gembira kerana berjaya memenangi perlawan hari ini.”

Walaupun baru memenangi Kejohanan Terbuka Asia, langkah jejaka berusia 24 tahun ini diteruskan lagi ke pertandingan seterusnya. “Selepas ini saya akan ke Thailand untuk Piala Thomas dan Kejohanan Terbuka Thailand. Harapnya saya boleh berehat penuh selama beberapa hari dan berasa segar untuk perlawanan yang seterusnya,” ujarnya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fiezreen