Lee Zii Jia Tundukkan Pemain Badminton No.1 Dunia Dan Terus Mara…

Share

Bukan mudah untuk menumpaskan pemain badminton nombor satu dunia.

Sebentar tadi, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengejutkan dunia dan Malaysia terutamanya apabila sekali lagi mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir Seluruh England.

Namun kali ini Zii Jia melangkah bergaya selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota 21-16, 21-19 pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Kejayaan itu pastinya menggembirakan Zii Jia yang kali pertama menewaskan juara dunia 2019 itu sepanjang tujuh pertemuan antara mereka.

Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia merasakan beliau perlu membuat sesuatu pada dua pertandingan utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerland di Basel pada 2 hingga 7 Mac ini.

Ayuh Malaysia, kita mampu gegarkan dunia lagi dengan sukan badminton negara dan terus digeruni oleh dunia. Terima kasih team badminton negara.

Published by
Nana