Jauh di sudut hati Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios iaitu Datuk Khairul Anwar Salleh, mereka seboleh mungkin tidak mhu menundakan acara Anugerah Juara Lagu 35 semasa sidang media diadakan Ahad lalu.
Namun, setiap perancangan itu pastinya ada risiko lebiih-lebih lagi apabila diadakan pada musim pandemik COVID-19 ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Semakin Sukar Dikawal, PM Umum Tindakan Tegas PKP 14 Hari Di 6 Negeri – REMAJA
Setelah Perdana Menteri mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan negeri-negeri di Lembah Klang semalam, TV3 sebulat suara mengumumkan akan menunda AJL35 yang sepatutnya dilangsungkan pada 7 Februari ini ke tarikh yang akan ditetapkan.
Ini berikutan kekangan ruang bagi petugas, kru dan penyanyi sendiri untuk melakukan persediaan persembahan masing-masing, terutamanya yang melibatkan kerja-kerja pembinaan set pentas.
Demi kebaikan semua pihak juga sebenarnya. Takkan lah kita inginkan edisi AJL35 dilakukan sekadar asal boleh saja kan? Tak meriahlah.
Jadi apakah perasan para finalis sendiri terhadap keputusan tersebut?
Menurut Zizi Kirana yang akan membawakan lagu Eh!, dia akur dan reda apabila diberitahu. Sambil menganggap pasti ada hikmah di sebalik semua ini, Zizi tidak merasa sedih dan sebaliknya bersyukur mempunyai masa lebih bagi melakukan persediaan serta berlatih.
“Saya sudah siapkan 70 peratus termasuk konsep persembahan, pakaian dan aspek teknikal. Cuma kamis sedang halusi lagi idea persembahan kerana ia melibatkan ramai pihak dan kita tidak mahu melanggar SOP ditetapkan.”
Bagi kumpulan Floor88 pula yang mempertaruhkan lagu Hutang, mereka bersyukur AJL35 ditunda kerana jujurnya risau keadaan orang ramai yang akan sesak pada acara tersebut.
Turut beranggapan sudah melakukan persiapan sehingga 70 peratus, Floor88 sedang fokus aspek latihan pemuzik yang kini perlu dilakukan secara atas talian terutamanya pemuzik tradisional yang bakal dibawa oleh mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Keputusan Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35, Siapa Favourite Korang? – REMAJA
Rasa yang sedikit bercampur-baur melanda penyanyi Semalam iaitu Aina Abdul.
Sekiranya finalis lain bersyukur, Aina sedikit sedih dengan perkhabaran ini memandangkan penyertaannya dalam AJL35 kali ini agak mencabar dan menduga. Kalau korang masih ingat, Aina juga merupakan salah seorang finalis di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik yang terpaksa menundakan persembahannya setelah Alif Satar disahkan positif COVID-19.
Jadi apabila sekali lagi berdepan dengan penundaan, apa perasaan Aina?
Katanya kepada rakan media di Harian Metro, “Memang saya rasa terkilan, terduduk, terdiam, sedih, bercampur baur… Saya terpaksa akur dengan ketentuan ini dan mengharapkan yang terbaik untuk tarikh baru supaya pasukan saya boleh bersedia.
“Di sebalik kesulitan yang Allah bagi, pastinya ada kebaikan. Saya ada masa lebih untuk ‘brainstorm; bersama pasukan terutama bagaimana kami mahu laksanakan idea persembahan yang dirancang.”
Yang pasti, Aina enggan mengulangi kesilapan melakukan gimik baju berdarah pada AJL34 sehingga video persembahannya tidak lagi boleh ditonton di YouTube.
“Saya tetap akan bereksperimentasi dan menyampaikan persembahan berkonsep. Tapi kali ini, saya lebih tahu tentang garis panduan.”
BACA LAGI : Kebetulan Sama Atau Tak, ‘Baju Berdarah’ Aina Abdul Dikaitkan Dengan Lady Gaga – REMAJA