Siapa sangka pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams menjadi Pro-Canselor di Universiti terkemuka Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU).
Pelantikan secara rasmi atlet kelahiran Auckland berusia 39 tahun itu bermula pada 1 November lalu sebagai Pro-Canselor untuk tempoh dua tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Tunku Azizah Bergelar Mahasiswa UIA Pada Usia 64 Tahun -‘Kembali Ke Sekolah…!’
Menurut kenyataan di laman Facebook AIU, Sonny Bill Williams dianggap figura yang sangat sesuai untuk mencerminkan nilai-nilai teras universiti termasuk ketabahan dan semangat untuk mencapai kecemerlangan.
Difahamkan, kehadiran beliau juga dijangka bukan sahaja menaikkan semangat pelajar, tetapi turut membantu AIU meneroka lebih banyak projek yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Sonny, yang pernah memenangi Piala Dunia Ragbi sebanyak dua kali, memeluk Islam pada tahun 2008.
Dalam dunia sukan, beliau dikenali sebagai ikon global yang bukan sahaja cemerlang di atas padang, tetapi juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan pemerkasaan belia.
Selain ragbi, Sonny juga seorang peninju heavyweight profesional, membuktikan kehebatan beliau dalam pelbagai bidang sukan.
Menariknya, pada Februari lalu, beliau menghadiahkan autobiografinya, You Can’t Stop the Sun from Shining, kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa sesi makan tengah hari bersama.
Pelantikan Sonny ini adalah langkah besar buat AIU. Kehadirannya bukan sahaja bakal menginspirasi pelajar, malah mengangkat reputasi universiti ke peringkat lebih tinggi.
Sumber: NST
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.