Lelaki Didenda RM10,000 Langgar SOP, PDRM Kuatkuasa Kenaikan Kompaun Mulai Semalam

Share

Seorang lelaki telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, gagal mengimbas kod menggunakan aplikasi MySejahtera. Hal ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar SOP.

Foto: Oh! Media

Menurut Berita Harian

, jumlah sebenar kompaun dikenakan tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan. Kerajaan mewartakan jumlah kesalahan kompaun terhadap mereka yang melanggar SOP sebanyak RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini , susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang dikuatkuas mulai jam 12.01 tengah malam semalam.
Foto: The Star (Gambar hiasan)

Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai. Pindaan ini dibuat bertujuan untuk mengingatkan masyarakat bahawa perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir.

Jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kompaun maksimum RM10,000 ini hanya dikenakan kepada kesalahan berulang yang dilakukan. Sebuah sistem akan dibangunkan untuk mengesan individu yang melakukan kesalahan berulang.

Foto: Oh! Media

Namun nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

Oleh itu, jangan sesekali korang tidak menulis nama atau scan aplikasi MySejahtera sebelum masuk kemana-mana premis. Pastikan ibu bapa korang buat perkara yang sama kerana bimbang jika mereka terlupa untuk berbuat demikian.

Tak pasal-pasal nanti melayang pula duit kena bayar kompaun.

Sumber: Berita Harian, Oh! Media

Published by
Noor Ain Norman