Pelik tapi benar.

Seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bertindak untuk berkawan dengan seorang wanita di Facebook dan mengajaknya untuk keluar bertemu janji; SELEPAS dia cuba merompak wanita berkenaan!

Memetik laporan WRTV Indianapolis, lelaki yang dikenali sebagai Damien Boyce itu difahamkan telah mengacukan sepucuk pistol kepada seorang wanita bernama Amber Beraun. Sambil itu, dia memaksa mangsa membenarkannya masuk ke rumah bagi tujuan merompak.

Lelaki Ingin Ceroboh Rumah & Merompak, Kemudian Ajak Mangsa ‘Dating’ Pula Menerusi FB
Damien Boyce

Amber bagaimanapun bertindak berani dan menangkis hasrat Damien itu (sambil pistol masih dituju ke arahnya!). Sebaliknya, dia menyerahkan wang tunai bernilai USD100 (kira-kira RM469) sebelum memintanya pergi.

Secara tiba-tiba, Damien pula bertanya jika Amber sudah berpunya dan memaksanya berhubung dengannya menerusi platform media sosial, Facebook. Amber mendakwa Damien sempat menunjukkan profil Facebook dan meminta wanita itu menekan butang ‘Follow’.

Lelaki Ingin Ceroboh Rumah & Merompak, Kemudian Ajak Mangsa ‘Dating’ Pula Menerusi FB
Amber Beraun.

Amber tidak berfikir panjang dan terus melakukan apa yang diminta oleh Damien agar dia beredar pergi.

Ads

Siapa sangka, tidak lama kemudian Damien mula menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook!

Salah satu mesej berkenaan berbunyi, “Saya akan memulangkan wang kamu. Itu bukanlah cara terbaik untuk bertemu seseorang, tetapi kamu terlalu cantik untuk dirompak.”

Tambah mengejutkan apabila Amber membalas mesej-mesej Damien selepas itu, Katanya, dia mempercayai lelaki itu tidak berniat untuk berbuat buruk padanya dan keadaan hidup yang sukar memaksanya untuk merompak.

Lelaki Ingin Ceroboh Rumah & Merompak, Kemudian Ajak Mangsa ‘Dating’ Pula Menerusi FB

Ads

WRTV Indianapolis melaporkan Damien telahpun diberkas pada 21 Jun 2023 atas kesalahan meropak dan memiliki senjata api.

Malah, seminggu sebelum Amber menjadi mangsanya, Damien telahpun cuba menembak dua orang mangsa lain dan memukul seorang lagi mangsa dengan bata.

Pelik-pelik ya kisah cinta zaman moden! Well, perompak pun ada perasaan, betul tak? Hehe..

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘Kena Azan’ Dengan Pemilik Kedai, Perompak Batalkan Niat Dan Lari – REMAJA

BACA LAGI: Perompak Hati Tisu Pulangkan Hasil Rompakan Lepas Tengok Mangsa Menangis Teresak-Esak – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI