20 Tahun Tidur Dengan Buaya

Share

Memelihara kucing, ikan atau burung hal biasa bagi manusia yang sayangkan haiwan. Lagi pun binatang ini dianggap manja dan tak akan mendatangkan bahaya bila kita mendekatinya.

Kalau bela ular pun dah dianggap geli, gelagat seorang lelaki yang sedang menggosok gigi buaya peliharaannya dengan penuh selamba, memang dikira handallah.

Ternyata kasih sayang M Irwan bukan tumpah kepada kucing atau ikan tetapi dia menganggap Kojek adalah binatang peliharaan kesayangannya. Buaya besar berukuran 2.7 meter dengan berat 200 kg itu sudah dianggap sebagai sebahagian ahli keluarganya dan bebas berkeliaran di dalam rumahnya dengan tiada rasa takut langsung.

Irwan sudah tiada rasa takut kerana sayangkan Kojek

Menurut M Irwan, dia mula membela Kojek selepas menyaksikan binatang kesayangannya itu hampir dipotong oleh salah seorang nelayan yang berjaya menangkapnya.

“Saya tersentuh hati melihat nyawanya hampir kecundang. Saya lalu menawarkan wang rupiah Rp20 ribu (bersamaan RM6) kepada nelayan tersebut. Saya bawa pulang ke rumah. Ketika itu, di rumah saya ada memelihara ular selain biawak. Tetapi kini hanya ada biawak sahaja selain Kojek,” katanya memaklumkan ketika Kojek kecil dahulu, dia selalu mendukungnya dan membawanya berjalan-jalan. Malah lelaki ini juga sudah biasa dan tiada rasa takut untuk tidur dengan lenanya.

“Penduduk kampung sudah biasa dan mereka tiada rasa takut. Tetapi sekarang Kojek sudah berat, 200 kg. Dia banyak berehat dan berendam di dalam air sahaja,” kata Irwan yang tinggal di Kampung Sempur, Bogor Tengah, Jawa.

Kojek dah tak kisah kena mandi dan giginya digosok

Menunjukkan keduanya mempunyai hubungan sangat akrab, M Irwan dengan selamba memandikan Kojek dan memberus giginya. Buaya itu pun seakan memahami tuannya bukan ancaman, selamba membuka mulut dan membiarkan giginya diberus. Malah tubuhnya juga disabun. Habis lehernya digosok-gosok dan ternyata reptelia ganas ini memahami ini hubungan istimewa ini. Sumber Jawa Pos.com

Published by
Almaswa Haji Che Ros