Pemberian suntikan vaksin masih lagi sedang giat dijalankan, namun sekiranya terdapat halangan untuk individu yang sudah menerima temu janji tetapi tidak boleh hadir pada waktu itu, ada cara untuk korang mendapatkan semula suntikan vaksin tersebut.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Jeevan Raj telah pun berkongsi cara bagaimana ayahnya diberikan suntikan vaksin semula setelah terpaksa membatalkan temu janii kerana disahkan positif.
Jeevan turut menjelaskan antara sebab-sebab yang mungkin membuatkan individu tidak dapat hadir pada temu janji vaksin adalah seperti berikut:
• Positif COVID-19
• Kontak rapat
• Demam/sakit
• Masalah pengangkutan
• Sibuk
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Jeevan menegaskan cara yang dikongsikannya ini adalah untuk mereka yang terlepas temu janji vaksin AstraZeneca (AZ) sahaja dan bukannya secara walk in atau bagi vaksin jenis lain.
Pertama sekali, korang pergi ke PPV temu janji asal dan beritahu petugas RELA yang korang sudah terlepas temu janji, selepas itu petugas RELA akan menyuruh korang untuk ke kaunter pertanyaan.
Semasa di kaunter tersebut, korang perlu beritahu sebab kenapa tidak dapat menghadiri sesi temu janji yang telah ditetapkan. Tunjukkan sekali butiran pada MySejahtera korang.
Selepas pihak mereka sudah menyiasat alasan yang diberikan, mereka akan memberikan sekeping nota untuk mengesahkan dan kemudian korang boleh masuk sahaja pada stesen yang ditetapkan dan lalui proses ambil vaksin seperti biasa.
“Bagi individu yang terlepas temu janji disebabkan positif COVID-19, korang perlu memastikan tempoh kuarantin sudah tamat. Quarantine questionaire di MySejahtera apps kena buat untuk 14 hari walaupun kita kuarantin 10 hari sahaja. Pastikan juga korang tidak ada simptom, sihat tubuh badan dan status di MySejahtera adalah low risk,”
“Sebenarnya ini kali kedua saya lakukan cara ini. Saya juga disahkan positif COVID-19 dan telah melalui proses-proses ini juga tetapi pada waktu saya haritu semuanya berlalu dengan sangat pantas, tidak sempat pula untuk saya ambil video,”
“Saya nasihatkan untuk mereka yang terlepas temu janji AZ ini pergi ke PPV yang sama untuk lebih memudahkan proses. Unless, seperti vaksin lain memang mereka akan dapat auto assigned,” jelas Jeevan yang dihubungi pihak Remaja.
Kalau begitu, selepas ini sekiranya ada pemohon vaksin AZ yang terlepas temu janji, mungkin korang boleh cuba cara yang telah dikongsi oleh Jeevan ini. Bagi individu yang menerima temu janji selain daripada mereka yang pernah memohon AZ, sekiranya terlepas korang hanya perlu menunggu lebih kurang satu minggu untuk dapatkan temu janji seterusnya.
Semoga proses pemberian suntikan vaksin ini berjalan lancar bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menerima vaksin dengan segera untuk mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: (1)