
Isi Kandungan
ToggleMungkin masih ramai lagi yang tak tahu bahawa korang boleh renew pasport secara online tanpa perlu beratur panjang.
Tak perlu lagi menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), korang boleh buat sendiri dirumah dan kemudiannya ambil saja di kaunter JPN.
Jabatan Imigresen Malaysia juga menyarankan agar orang ramai memperbaharui passport mereka secara online tanpa perlu ke kaunter.
Berikut adalah perkongsian Najib Ayub via page Jabatan Imigresen Malaysia di laman Facebook tentang cara renew pasport secara online.
Isi borang online terlebih dahulu
Pilih cawangan imigresen
Kadar bayaran
Wajib bawa!
Lepas ni tak perlulah korang bersesak-sesak lagi di kaunter JPN tu ya. Hiks!
8 Tips Nak Lulus Cemerlang SPM, #1 Jangan Check Jawapan Dengan Kawan Paper Yang Dah Lepas

Esok, bermulalah peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merupakan kemuncak debaran bagi pelajar tingkatan lima di seluruh negara. Bermula dari 13 November sehingga 13 Disember 2018, selama sebulan pelajar akan bertungkus lumus menjawap pelbagai kertas ujian.
Bermula kertas Bahasa Melayu 1 pada jam lapan pagi diikuti kertas Pendidikan Seni 1 pada jam 11 pagi dan kemudian bersambung ke Bahasa Melayu kertas 2 di sebelah petang yang merupakan subjek wajib lulus selain Sejarah, sudah tentu usaha selama 17 tahun bersekolah, SPM adalah penentu segalanya.

So rileks ya adik-adik yang bakal mengambil SPM esok. REMAJA sempat menemuramah Dr Rozieta Shaary yang juga Pakar Keluarga dan Kasih Sayang & Learning Specialist di AL Advancement of Human Potential Sdn Bhd.
Mesra disapa dengan panggilan Ibu Rose, pakar ini pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Memperkasakan Ibu Bapa & Keluarga dari Niaga Times pada Mei 2018 yang lalu. Beliau juga sempat memberikan tips berguna untuk pelajar menghadap SPM esok.

So adik-adik, ini patut korang lakukan di saat persediaan akhir SPM ya.
– Pastikan anda cukup rehat.
– Buat latihan soalan yang anda sudah mahir.
– Belajar satu atau dua jer yang belum tahu
– Akhirkan dengan soalan yang anda dah mahir.
Kenapa begini?
Anda buat yang dah tahu untuk ingatkan anda dah banyak ulangkaji dan bersedia. Ini membuatkan anda rasa mampu dan tak gabra.
Kemudian bila anda belajar sesuatu yang baru. Baca sekadarnya sahaja. Dan ingat anda sudah banyak ulang kaji. So, kalau tak berapa faham, it is ok. Ingat anda dah faham banyak.
Tutupkan dengan membuat soalan atau ulang kaji topik yang sudah mahir. Ini akan membantu anda untuk jadi bersemangat dan yakin.
-Jauhkan diri dari duduk dengan kawan-kawan yang panik dan asyik takut dengan peperiksaan. Mereka akan menjadikan anda panik juga dan tak menyumbang apa-apa positif pada anda dan mereka.

Jangan check jawapan dengan kawan-kawan lepas exam. Jika kawan tanya ingatkan untuk mereka fokus untuk prepare kertas peperiksaan untuk hari esok. Ingat ya, kertas ujain yang dah lepas tiada apa yang boleh dibuat. Oleh itu fokus kepada menyediakan diri untuk kertas-kertas seterusnya.
Beritahu pada kawan-kawan awal-awal lagi anda tak mahu check soalan supaya mereka tak tanya anda.
Banyakkan berdoa dan laku solat hajat untuk anda tenang dan dapat menjawab soalan-soalan dengan baik.
Minta restu ibu bapa dan minta mereka doakan.
Pastikan tidur awal.
Dan makan sarapan yang biasa anda makan. Jangan makan sesuatu yang anda tak pernah makan supaya tiada isu makan makanan yang tidak sesuai dan menyebabkan ketidakselesaan perut semasa peperiksaan.

Bersedialah dari 4 dimensi diri ini.
Diri Fizikal – Tidur dan rehat yang cukup. Makan yang baik.
Diri intelek – Buat ulangkaji seperti yang ditulis tadi.
Diri emosi – Dapatkan restu ibu bapa dan tenangkan diri.
Diri spiritual – Buatlah exam ini kerana mahu berjasa kepada ibu bapa, guru-guru supaya akan dapat menambah nilai tinggi kepada dunia nanti.
Nak berjaya mesti memikir bagaimana nak berjasa.
So, harap korang tak gelabahlah ya masa jawap SPM esok. Good luck untuk semua ya.
Shawn Mendes Akan Menyanyi Di Resepsi Justin & Hailey? Lihat 4 Lagi Rumors Majlis Tersebut

Isi Kandungan
Toggle
Apa perasaan korang sekiranya kawan-rapat-slash-skandal-cinta pasangan akan menyanyi di majlis perkahwinan kalian nanti?
Mestilah rasa paranoid kan! Apa pula tetamu kata nanti. Tetapi itulah yang mungkin akan terjadi pada majlis resepsi di antara Justin Bieber, Hailey Baldwin dan skandal di dalam hubungan tersebut, Shawn Mendes
Shawn Mendes dan Hailey Baldwin terang-terangan sudah menidakkan wujudnya rasa cinta di antara mereka. Sekadar berkawan rapat saja kerana mereka ‘sekepala’.

Jadi apabila media bertanya kepada Shwan sekiranya dia akan dijemput menyanyi di majlis Justin dan Hailey, Shawn terus menjawab, “Sudah tentu saya mahu. Saya belum mendapat undangan lagi, tetapi saya yakin mereka inginkannya (Shawn menyanyi),” katanya kepada Elle.
Hhm, interesting.
Nak tau apa lagi yang interesting? Ini dia 3 khabar angin yang telah kami dengar setakat ini mengenai majlis resepsi tersebut.
01
Baru-baru ini, Justin dan Hailey telah ke muzium Stratford Perth di Ontario, Kanada untuk melihat pameran ‘Justin Bieber Steps to Stardom’ yang mempamerkan barang-barang milik Justin.
Justin katanya memperkenalkan Hailey sebagai isteri kepada pihak muzium. Jadi, betulkah mereka sebenarnya telah berkahwin lebih awal? Atau bak kata Hailey, “That’s ridiculous.”?
02
Disebabkan khabar angin telah berkahwin di New York itulah, mereka dikatakan berkahwin tanpa menandatangani perjanjian pre-nup. Pre-nup penting dalam perkahwinan di Hollywood kerana ia melibatkan selebriti yang mempunyai aset berjuta atau berbilion USD.

Apabila Justin dan Hailey dikatakan terburu-buru nak berkahwin, nampaknya Justin mengendahkan pre-nup lalu mungkin berdepan risiko sekiranya mereka tak kekal lama.
03
Hailey sudah terikut-ikut dengan lokasi dating kegemaran Justin, iaitu di gereja.

Sebelum ini, Justin dan Selena selalu dilihat berada di gereja Los Angelas pada malam Rabu. Kali ini, giliran Justin dan Hailey pula. Tak tahulah pengunjung gereja pada waktu itu boleh tumpukan perhatian atau starstruck dengan pasangan tersebut.
Gereja mana yang menjadi pilihan Justin dan Hailey untuk majlis rasmi kelak? Di Los Angelas atau Miami atau di rumah Justin di Kanada?
04
Bercakap mengenai lokasi, Hailey pernah memberitahu wartawan The Cut bahawa dia inginkan elemen kayu-kayan dan hutan untuk hari perkahwinannya nanti.

Hailey juga menambah yang dia sudahpun mempunyai wedding planner yang sedang melihat lokasi sesuai di pantai Barat. “Saya bayangkan lampu digantung di mana-mana..” katanya.
6 Anak Dara Selebriti Popular Malaysia, Warisi Kecantikan Si Ibu

Isi Kandungan
ToggleKalau dah namanya selebriti, bukan hanya diri sendiri malah orang disekeliling mereka juga turut mendapat perhatian. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, rasanya inilah pepatah yang paling sesuai digambarkan tentang kejelitaan anak dara selebriti Malaysia yang sudah meningkat dewasa.
Ada yang mengikut jejak langkah ibu mereka, namun ada juga yang lebih selesa mengikut haluan masing-masing. Namun, apa yang menarik perhatian adalah kecantikan yang tetap diwarisi oleh si ibu.
Berikut kami senaraikan anak gadis selebriti wanita yang sering mendapat perhatian netizen.
1. Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid
Anak kepada Datuk Ziela Jalil

2. Erysha Emyra
Anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara

3. Marissa Dania
Anak kepada Abby Abadi

4. Siti Nurunnyssa
Anak perempuan kepada Siti Saida Taruddin

5. Athalia Deena Buswani
Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina

6. Wan Nur Khaleda Aziz
Anak kepada Datuk Sheila Majid

Sama cantik persis si ibu kan?