Masalah gambar yang banyak dalam handphone rasanya dialami oleh hampir daripada setiap daripada kita. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja gambar yang diambil. Lepas masak ambil gambar, keluar beli barang ambil gambar, malah nak tidur pun sempat bergambar. Hiks!
Disebabkan ‘budaya’ suka ambil gambar ini, storage handphone yang besar pun boleh penuh. Jadi, penyelesaiannya untuk masalah korang ni mudah saja. Korang boleh gunakan Google Photos untuk simpan segala gambar yang ada di handphone.
Untuk pengetahuan korang, Google ada memberi FREE UNLIMITED STORAGE untuk kita simpan gambar di app Google Photos.
Perkongsian ini telah pun dibuat oleh @rinmansor di laman Twitternya dan lelaki ini turut menunjukkan cara bagaimana untuk korang menyimpan gambar dalam app ni.
Gambar daripada handphone upload di cloud, selamat tak ada la asyik penuh je storagehandphone tu. Walaupun gambar akan dicompress sikit, tapi masih lagi berbaloi kerana korang tak perlu bayar 1 sen pun.
Ads
Jom kita lihat bagaimana caranya..
1. Sign in Gmail account dan buka app Google Photos. Kemudian, mulakan backup. Korang ada dua pilihan:
Ambil high quality (free unlimited storage). Kalau gambar korang besar, google auto resize jadi 16 megapixel. Jangan risau, kualiti masih cukup cantik untuk dimuat naik di Instagram.
Ads
2. Selepas dah selesai upload gambar masuk cloud, app Google Photos tu ada option ‘Free up device storage’
Ia hanya akan memadam gambar dalam handphone yang dah selamat upload ke cloud sahaja. Gerenti dapat balik bebeberapa GB ruang storage bila dah delete gambar.
3. Kalau korang nak save gambar dari Google Photos masuk handphone balik, download saja semula dari app tersebut. Ia akan masuk dalam folder ‘Restored’.
Ads
4. Kalau korang risau tak selamat simpan di Google Photo ini, korang boleh gunakan password yang kompleks (mix uppercase, lowercase, symbols, numbers) dan enable two step verification. Guna cara ini insyaAllah selamat.
Ha, mudah saja kan? Lepas ni korang tidaklah asyik stres je bila notification ‘Storage Almost Full’.
Semakin lama, semakin banyak pelan data yang menawarkan macam-macam pakej exciting kepada kita.
Beli pelan data je, ada kelebihan ekstra yang kita dapat seperti pakej media sosial, mesej sosial, muzik dan video tanpa had data.
Nampaknya sekarang dengan populariti permainan Player Unknown’s BattleGrounds (PUBG) di kalangan remaja, servis mobil digital iaitu Yoodo (di bawah pengurasan Celcom Axiata Berhad) semalam memperkenalkan pakej eksklusif PUBG Mobile Add-On.
Lepas ni, makin sakanlah korang main PUBG!
Pakej Add-On yang ditawarkan bermula 26 Januari sehingga 30 April ini sebenarnya memberi kelebihan kepada pemain PUBG tegar seperti korang kerana permainan ini kan menggunakan data selular yang banyak tanpa WiFi. Lepas ni, senanglah korang bila ada kuota data tertentu untuk PUBG Mobile je.
Pakej Add-On ini adalah khas untuk kesemua pengguna Yoodo, sesuai dengan kehendak Yoodo sendiri untuk menjadikan jenama mereka itu istimewa untuk para gamers. Di samping menggunakan coverage 4G mereka, pemain tak lagi perlu risau untuk berbelanja lebih ketika bermain game.
Untuk menikmatinya, ini yang korang perlu lakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan semua orang kini sangat bergantung kepada penggunaan teknologi, termasuklah urusan perjalanan ‘atas jalan raya’. Sudah menjadi kemestian sebelum memandu, kita akan tanya saja pada Mr. GPS semua boleh settle.
Namun begitu, korang perlu berhati-hati dan jangan terlalu percaya 100 peratus kerana aplikasi GPS dan seringkali terlepas simpang kerana arahan yang diberikan tidak berapa jelas?
Kalau jadi macam ni mesti cuak gila kan?
Tapi lepas ini korang tak perlu risau lagi, kerana korang boleh lihat maps dan street view di Google Maps dalam masa yang sama dengan menggunakan ciri Split Screen. Akan tetapi ciri ini hanya ada di peranti Android sahaja buat masa sekarang.
Cara aktifkan ciri split-screen:
Buka Google Maps di peranti Android korang dan search destinasi yang ditujui
Tekan pada View Mode menu (butang bulat) dan pilih Street View
Tekan pada mana-mana sahaja di bahagian peta untuk zoom in ke Street View dan ianya akan dibuka di bahagian atas skrin kecil di atas
Boleh juga tekan pada anak panah kecil di window Street View untuk ubah antara splint-screen dan full view
Jadi bila Street View ni diaktifkan, korang boleh lihat titik biru pada maps. Korang boleh tekan titik biru tersebut untuk tengok gambar perjalanan yang korang bakal lalui sekaligus memastikan korang tak akan terselah masuk atau keluar simpang. Tapi alang-alang dah boleh guna Split-Screen, buat apa nak tengok gambar satu tu je kan.
OKay senang je nak buat kan. Ciri terbaru dari Google Maps ini boleh didapati di versi terbaharu di Google Play Store. Buat semua pengguna Apple jangan risau, mungkin update ini akan tiba juga di AppStore pada masa akan datang. Biasanya Google Maps memang akan support Android terlebih dahulu.
Penggunaan kata laluan atau password adalah sangat penting bagi menjaga privasi dan keselamatan informasi peribadi milik kita. Tambah pula, zaman teknologi hari ini semuanya dilakukan secara digital.
Pemilihan kata laluan yang lemah boleh membawa kemudaratan kerana memudahkan individu lain menjejakinya dan menceroboh masuk ke semua akaun digital milik kita.
Pada 2013, Apple telah memperkenalkan iPhone 5s yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan sebelum ini modul pengenalan pengguna biometrik telah digunakan secara aktif oleh semua pengeluar telefon pintar. Walau bagaimanapun, kata laluan skrin kunci tradisional yang terdiri daripada nombor dan/atau huruf masih belum hilang dan masih menjadi kelemahan keselamatan dalam peranti iOS.
Kata laluan yang biasa digunakan selalunya hanya empat digit dan dalam kebanyakan kes menghalang akses tanpa kebenaran kepada data peribadi pengguna serta memudahkan pemulangan telefon pintar yang dicuri atau hilang kepada pemiliknya. Walau bagaimanapun, pakar keselamatan siber dari Institut SANS mengatakan bahawa kira-kira satu perempat daripada semua iPhone yang digodam telah dibuka kunci menggunakan hanya 20 kombinasi nombor paling popular.
Berikut adalah antara password sering digunakan oleh pengguna iPhone:
Sebelum keluaran iOS 9, pengguna iPhone hanya boleh menetapkan kata laluan skrin kunci 4 digit, manakala versi sistem pengendalian mudah alih Apple yang berikutnya membenarkan penggunaan gabungan panjang aksara (nombor dan huruf).
So guys kepada korang yang menggunakan iPhone, adakah password korang juga sama seperti yang kami senaraikan ini?
Mungkin selepas ini bolehlah elakkan daripada menggunakan password-password berikut ya. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...