Lelaki Ini Ajar Download Aplikasi Al-Quran Secara Percuma Yang Diiktiraf MCMC, KDN & JAKIM

Share

Kalau kita tengok sekarang ni ada macam-macam jenis aplikasi Al-Quran yang boleh dimuat turun pada smartphone korang.

Persoalannya, adakah aplikasi-aplikasi tersebut benar atau mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong daripada makna asal?

Korang tak perlu risau dan ragu-ragu lagi kerana perkongsian yang dibuat oleh Najmi Farisham ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memastikan setiap aplikasi yang dimuat turun adalah sah hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Aplikasi ini juga telah mendapat kelulusan besar daripada pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan Al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menurut Najmi lagi, ini menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi Al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.

Berikut merupakan keistimewaan dan fungsi aplikasi tersebut:

1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.

2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.

3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah inti pati yang dapat diperoleh daripada surah berkenaan.

4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

5. Suara audio merdu bacaan al-Quran daripada imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami’ di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).

6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.

7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.

8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.

Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS. Klik link di bawah ni okay:

Play Store: http://bit.ly/SmartQuranAndroid

App Store: http://bit.ly/SmartQuranAppsStoreiOS

Ini senarai surah, juzuk dan penandanya. Disertakan sekali jumlah ayat dan surah berkenaan diturunkan di mana, sama ada Mekah atau Madinah

 

 

Sebelah kiri gambar adalah dalam mod malam. Kanan pula mod biasa
Tekan pada ayat lama sikit, nanti akan keluar pilihan seperti gambar di atas
Jika tekan “Muqaddimah”, inilah yang akan keluar. Pengenalan bagi setiap surah di dalam al-Quran
Ini pula contoh terjemahan dalam bahasa Melayu. Sebelah kanan di bawahnya pula beberapa pilihan imam untuk dengar bacaan mereka. Boleh pilih yang mana kalian suka
Yang menariknya adalah mereka yang tak berkebolehan dalam bahasa Arab boleh buat carian perkataan menggunakan bahasa Melayu dan juga Inggeris
Ini di bahagian tetapan (setting). Di sinilah kalian boleh pilih bahasa (Melayu atau Inggeris), mod malam, peringatan untuk membaca dan lain-lain
Nah, siap ada cap pengesahan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) woih!

Lepas ni boleh la korang download

aplikasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200MB saja dan sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar.
Published by
Noor Ain Norman