Tidak dinafikan, kemudahan membeli-belah secara online memang sangat memudahkan dan praktikal, tambah pula dalam keadaan situasi pandemik seperti hari ini. Bila duduk rumah, ada sahaja yang ingin dibeli dek kerana ‘gatal tangan’ melihat jualan yang ada di aplikasi telefon pintar.
Bila dah banyak membeli, kos penghantaran juga boleh menjadi tinggi dan secara tidak langsung ia bakal menambahkan lagi perbelanjaan korang.
Nah, kalau korang rajin ‘membeli-belah’ di Shopee, ada satu trik yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Afiq Nashiron
untuk lebih jimat dalam membayar kos penghantaran atau ‘shipping’.Ceritanya, dia membeli banyak barang di satu akaun Shopee ini sebab banyak barang yang berkenan disitu. Total dalam RM80, tapi bila nak bayar terkejut kenapa total sampai RM120. Rupanya kos penghantaran sampai RM42. Voucher free shipping tinggal RM1 sahaja.
Jadi, nak tahu macam mana Afiq lakukan sehingga dia perlu membayar kos shipping hanya RM1.90 sahaja?
Konsepnya mudah sahaja. Pertama, asingkan barang tersebut kepada dua postage. Kedua, guna Shopee Saving Pass.
Jom kita lihat trik dan langkah-langkah yang telah dikongsi oleh Afiq Nashiron ini.
Dalam gambar ini menunjukkan kos penghantaran sebanyak RM42. Selepas pakai voucher
free shipping kos jadi RM37Ok, ini postage pertama. Daripada 6 barang tadi kita asingkan jadi tiga barang X 2 postage. Postage pertama dah selamat bayar tanpa shipping.
Tapi, tadi cuba gabung dengan bermacam-macam barang juga supaya dapat combo paling jimat. Cuma ada satu barang tu beli sampai 10. Walaupun 10 tapi dapat percuma juga
Barang kedua ni memang kalau guna free shipping pun tetap kena bayar sebab shipping dah lebih RM5. Nak tak nak kena bayar sahajalah RM8 tapi nanti dulu..
Korang boleh pergi dekat akaun kita, klik bahagian Shopee Saving Pass
Siapa yang tak pernah claim benda ni bolehlah claim. 2 voucher free shipping + voucher RM5 = bayar RM3
Claim semua
Ini bayaran asal, kos penghantaran RM8.90
Pakai dua voucher tadi boleh tolak RM10
Korang nampak dah tolak kos shipping RM5 dan voucger RM5. RM10 sahaja dekat situ
Kos shipping RM8.90 + RM3 (saving pass) – RM10 = RM1.90
So, ini adalah jumlah yang perlu dibayar. Daripada total kena bayar RM117.79 jadi RM81.20
Lebih jimat dan berbaloi kan? Selamat bershopping. Hiks!
Sumber: (1)