Sayu hati bila melihat individu lain yang tidak berkesempatan bersama ibu atau ayah mereka di hari konvokesyen mereka.
Di negara kita sendiri sudah banyak kisah viral tentang hari sedih bagi remaja yang menyambut hari konvo tanpa kehadiran orang tersayang.
Baca artikel: Gadis Ini Rakam Foto Di Tanah Perkuburan Ibu Yang Tak Sempat Melihatnya Di Hari Konvokesyen
Baca juga: Jika Orang Lain Konvo Mak Ayah Datang, Bakal Doktor Gigi Ini Hanya Ditemani Potret Saja
Terbaru, sebuah lagi kisah remaja mendapat perhatian netizen apabila seorang lelaki membawa standee yang seperti menyerupai ibunya ke majlis konvokesyen di Philippine International Convention Centre (PICC), Pasay City.
Alinsog memuatnaik gambarnya di laman twitter dengan kapsyen:
“To my most beautiful mother! Ma, your eldest has graduated I hope you’re happy in the presence of God. I finished school because this is what you wanted. I love you very much.”
Menurut Coconuts.co, remaja berusia 20 tahun ini menyimpan impian untuk ibunya, Carmen melihat dia menamatkan pengajian tetapi Carmen telah meninggal dunia pada Ogos 2016 akibat komplikasi radang paru-paru.
“Kira-kira dua minggu sebelum hari konvokesyen, saya telah memesan standee ini di kedai kerana mahukan ibu menemani saya di majlis tersebut. Apabila sudah siap, saya menangis kerana melihatnya hampir sama seperti mendiang ibu masih ada,”
Alinsog meminta kedai tersebut untuk membuat standee dengan ketinggian 5’2 kaki untuk menyamai tinggi ibunya.
Dia membawa sendiri standee itu ke PICC dengan harapan untuk membayar semula segala pengorbanan yang telah dibuat oleh Carmen untuk menghantar anaknya pergi belajar.
“Selama beberapa tahun, dia menjadi seorang ibu tunggal dan menghantar saya ke sekolah swasta. Hubungan kami sangat rapat. Selepas berkahwin baru, ibu tidak pernah meminta duit ayah tiri untk menghantar saya ke kolej. Sebaliknya, semua wang itu datang dari dia dan ibu saudara saya yang membantu,”
“Apabila saya membawa standee ini bersama-sama di majlis konvo, saya sangat gembira kerana benar-benar merasakan ibu ada bersama-sama,” jelas Alinsog.
Sedih pula bila baca kisah Alinsog ini. Rasa bertuah bila mak ayah masih berpeluang untuk menyaksikan hari tamat pengajian kita. Semoga ibu dan ayah dipanjangkan usia untuk terus melihat kejayaan anak-anak mereka.
Bagi yang sudah kehilangan ibu dan ayah, sentiasa ingat mereka dalam doa korang. Hargai mereka selagi masih ada.