Lelaki Ini Dapat PS5 Free! Sony Beri Hadiah Istimewa, Huntunglah…

Share

Keterujaan orang ramai membeli konsol permainan video terbaru PlayStation 5 edisi digital harga RM1859 membuatkan ia terjual dalam masa seminit sahaja sementara bagi edisi Ultra Blu Ray Drive yang dijual pada harga RM2299 turut licin dalam masa sejam kemudian bagi pasaran Malaysia.

Di saat orang lain teruja membeli dan sesetengahnya hampa kerana konsol permainan ini sudah licin, ada orang lain yang patut iri hati kepada lelaki ini kerana dia mendapat PS5 secara percuma dari Sony.

Dalam satu tweet, Joey Chiu @ Shonigu yang menetap di Amerika mendapat penghargaan dari pihak Sony kerana kesetiaannya menjadi orang pertama membeli PS4 diikuti menjadi orang pertama juga membeli PS4 Pro ketika ia dipasarkan.

Berkat kesabarannya itu, dia mendapat PS5 secara percuma. Huntunglah badan, sebab dapat free.



Paling best, orang lain kena beli untuk dapatkannya tapi nie dapat secara percuma saja sebab sentiasa menjadi penyokong kepada permainan video nie atau “tahan sabar beratur”ketika konsol dibuka untuk jualan, hikz.

Dalam satu tweet, Joey Chiu berkata:
https://twitter.com/Shinogu/status/1326191206137819137?ref_src=twsrc%5Etfw

Apa pun, enjoylah dengan konsol korang. Yang tak dapat tu, sabarlah. Ada banyak lagi kedai menjualnya. Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia masih banyak duittttlah…PS5 dijual dalam masa seminit saja kemudian licin, hikz.

Published by
Almaswa Haji Che Ros