Seorang lelaki ditahan semalam di Singapura kerana enggan memakai pelitup muka dan melanggar peraturan jarak selamat ketika berada didalam MRT. Walaupun telah ramai penumpang didalam MRT tersebut yang telah menegur beliau, dia masih lagi enggan memakai pelitup muka tersebut. Sebuah video yang berdurasi 2 minit tersebut telah tular di media sosial dan ianya menunjukkan lelaki tersebut yang enggan memakai pelitup muka ketika menaiki kereta api di laluan MRT Timur-Barat.
Dalam video tersebut, kedengaran seperti lelaki tersebut memberitahu seorang lagi penumpang alasan mengapa dia tidak mahu memakai pelitup muka. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ditegur oleh para penumpang yang lain, beliau menjawab “Pakailah pelitup muka anda, tidak mengapa, saya tidak akan sekali-kali memakainya.
Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki itu kemudian duduk diantara dua penumpang dan wanita yang duduk disebelah kanannya terus segera bangun dan memberitahu penumpang lain agar tidak melayan lelaki tersebut. Ketika lelaki tersebut terus menerus memberitahu tentang kajiannya mengenai pelitup muka, penumpang disebelah kirinya pula segera bangun.
Selepas seminit, seorang penumpang telah menawarkannya pelitup muka dan lelaki ini telah membuat muka jijik sambil berkata “Saya tidak akan meletakkan benda itu pada muka saya” sambil menyelitkan kata-kata kesat dan meninggalkan pelitup muka itu diatas kerusi.
Lelaki ini dilaporkan telah ditahan kerana menyebabkan gangguan awam dan melanggar peraturan jarak selamat, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF). Mereka yang didapati bersalah kerana enggan memakai pelitup muka , akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM30,924) atau kedua-duanya sekali.