Bila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.”

Semua sedia maklum bahawa nak tunggu giliran ke sana boleh cecah sampai berpuluh-puluh tahun. Tapi, tak ada yang mustahil gaiss.

Afyan Mat Rawi telah pun berkongsi tip kira-kira setahun yang lalu tentang bagaimana nak menunaikan haji pada usia muda kerana dia telah berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

1. Daftar

Paling penting, perlu daftar terlebih dulu melalui Tabung Haji. Ramai orang ingat dengan membuka akaun Tabung Haji, bermakna kita sudah mendaftar untuk menunaikan haji. Tapi sebenarnya membuka Tabung Haji bermaksud kita mulakan simpanan di dalam akaun Tabung Haji dengan minimum simpan RM2 saja.

Manakala, mendaftar giliran menunaikan haji pula perlu minimum simpanan RM1300 dalam akaun Tabung Haji, barulah layak mendaftar bagi memohon giliran menunaikan haji.

Jika sebulan kita simpan RM100, hanya perlu setahun sebulan saja untuk cukupkan RM1300 tu. Kita juga boleh gunakan wang KWSP untuk tujuan ini.

Dan jika baru hendak daftar sekarang, giliran menunaikan haji sekitar 50 tahun akan datang.

Ya, 50 tahun akan datang. Jadi, usah bertangguh untuk mendaftarkan giliran haji. Jika masih ada anak kecil, daftar cepat-cepat supaya mereka tak menerima nasib seperti kita menunggu giliran yang lama untuk menerima panggilan Baitullah.

Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Untuk Rebut Peluang Tunai Haji Di Usia Muda

2. Simpanan

Kos sebenar menunaikan haji ialah lebih kurang RM19,950 dan kita di Malaysia bertuah kerana lebih separuh ditanggung oleh pihak Tabung Haji. Kita hanya perlu membayar RM9,980 apabila nak menunaikan haji nanti.

Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Untuk Rebut Peluang Tunai Haji Di Usia Muda

Jika nak dibandingkan dengan negara-negara serantau lain seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei yang jumlahnya RM20,000 ke atas.

Jadi langkah seterusnya, selepas daftar haji kita kena pastikan mempunyai sekurang-kurangnya Rm9,980 di dalam akaun Tabung Haji.

Ads

Jika sebulan simpan RM100, kira-kira 7 tahun selepas kita daftar haji duit dah cuku RM9,980 dengan anggaran keuntungan purata Tabing Haji 6%.

Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Untuk Rebut Peluang Tunai Haji Di Usia Muda

3. Rayuan

Langkah seterusnya, ialah membuat rayuan untuk menunaikan haji.

Secara normal, tempoh menunggu untuk mendapat giliran menunaikan haji boleh mencecah sehingga 50 tahun.

Tempoh ini adalah untuk jemaah yang ingin menunaikan haji menggunakan perkhidmatan Tabung Haji melalui mu’assassah Arab Saudi.

Jadi nak tak nak, kita perlu usahakan untuk merayu giliran dipercepatkan sebab dalam tempoh 10 ke 50 tahun macam-macam perkara boleh berlaku.

Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Untuk Rebut Peluang Tunai Haji Di Usia Muda

Selalunya, tiga atau empat bulan sebelum musim haji bermula, pihak Tabung Haji mula memproses surat-surat rayuan dan menghantar surat balas. Jadi, hantarlah surat rayuan dengan lebih awal. Sebaiknya selepas tamat musim haji, boleh terus siapkan surat rayuan untuk dihantar.

Mengikut pengalaman peribadi Afyan, dia mula buat rayuan kira-kira 5 atau 6 tahun lepas apabila wang di dalam akaun dah cukup untuk membayar kos menunaikan haji kira-kira RM10,000.

Dan setiap tahun juga apabila menerima surat balasan rayuan ditolak, dia akan hantarkan surat bar uke Tabung Haji untuk merayu lagi.

Ads

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun merayu akhirnya rayuannya diterima.

Setiap tahun pasti ada kuota yang kosong atas pelbagai sebab seperti:

– Bakal jemaah haji meninggal dunia

– Bakal jemaah haji mengandung

– Bakal jemaah haji mempunyai masalah kesihatan

– Bakal jemaah haji menolak atau pelbagai sebab

– Kuota ditambah

Sebaiknya, rayuan dilakukan apabila sudah betul-betul cukup wang simpanan untuk membiayai kos haji supaya ada kredit untuk Tabung Haji menerima rayuan kita.

4. Datang kursus haji

Ini juga adalah salah satu tip dimana apabila kita menghadiri kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji melalu masjid-masjid dalam kariah kita, nama kita akan dimasukkan dalam senarai kehadiran.

Jadi, ia memberi kredit kepada kita apabila pihak Tabung Haji membuat penilaian terhadap rayuan haji.

Ads

Namun begitu, perkara ini tidak disahkan oleh Tabung Haji, ia hanya berdasarkan pengalaman peribadi Jemaah haji saja.

5. Doa

Ini merupakan harapan utama dan terakhir jika benar-benar berhasrat untuk menunaikan haji. Segala pergantungan hanyalah kepada Allah SWT.

Doa ini bukan bermaksud doa sebelum musim haji sahaja. Terus-terusan berdoa sehingga hari-hari akhir penerbangan jemaah haji Malaysia ke Arab Saudi. Ada jemaah haji yang menerima panggilan Tabung Haji kira-kira seminggu sebelum penerbangan! Ya, seminggu saja untuk memberi jawapan dan buat persiapan.

Jadi, jangan berhenti berdoa. Allah pun sudah berjanji akan memakbulkan doa hamba-Nya, dengan pelbagai cara.

Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Untuk Rebut Peluang Tunai Haji Di Usia Muda

Ada banyak kisah jemaah haji yang menerima jemputan-Nya dgn pelbagai cara.

✔️ Ada jemaah haji muda dapat menunaikan haji sebagai mahram ibunya kerana ayahnya yg patut pergi bersama baru meninggal dunia.

✔️ Ada juga suami yg lambat daftar haji tapi disebabkan isterinya daftar lebih awal dan dapat giliran, si suami dapat pergi sebagai mahram.

✔️ Dalam masa sama, ada juga yg punya wang ratus-ratus ribu tapi masih belum terima panggilan-Nya.

✔️ Ada juga seorang sahabat saya katanya sudah ikut semua tip yang saya kongsikan di atas, malah beberapa tahun sertai kursus haji. Tapi masih belum ada rezeki dijemput oleh-Nya.

✔️ Malah ada juga yg sudah terima surat tawaran, sudah buat persediaan, kenduri doa selamat, datang ke Tabung Haji Kelana Jaya tapi tak dapat pergi sebab visa gagal dikeluarkan.

Point penting di sini, jangan berhenti berdoa.

Amacam, dah ada rasa semangat nak menyimpan dekat Tabung Haji tak? Jangan risau, masih belum terlambat lagi kalau korang nak mulakan.

InsyaAllah siapa tahu ada rezeki kita nanti kan?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI