Lelaki Ini Kongsi 8 Sebab Kenapa Ramai Individu Minat Beli Kereta Warna Putih

Share

Sebelum membeli kereta, mesti ramai yang keliru untuk membuat pemilihan warna kerana hati berbelah bahagi ingin buat pilihan yang terbaik. Ada yang pilih warna kegemaran, malah ada juga individu yang langsung tidak kisah dengan warna kereta yang dipilih.

Antara warna kereta yang sering menjadi pilihan adalah hitam, putih, biru gelap dan silver. Namun ada satu perkongsian yang menarik perhatian kami iaitu telah dibuat oleh Che Din menjelaskan sebab-sebab mengapa ramai individu yang minat membeli kereta warna putih.

Foto: Vlad Kutepov

Jom kita lihat antara sebab-sebab yang telah dinyatakan oleh lelaki ini.

1. Tak panas

Kereta putih dkatakan kurang panas berbanding kereta warna hitam jika diletakkan di bawah sinaran matahari kerana kereta hitam lebih menyerap haba. Sewaktu memandu juga kereta lebih sejuk jadi tidak perlu kuatkan aircond yang mungkin boleh menyebabkan kereta kuat makan minyak.

2. Tak cepat jemu

Antara warna kereta yang popular adalah hitam, silver dan biru. Beli kereta warna lain nanti akan cepat bosan, jadi pilihlah warna putih yang tak jemu mata memandang.

Foto: Take Time

3. Nampak classy, elegan dan mahal

Ramai yang berpendapat kereta warna putih lebih bergaya dan nampak mahal. Curve-curve pada kereta akan nampak pada warna putih yang menaikkan seri.

Foto: redcharlie

4. Nampak besar

Semestinya ya, warna cerah seperti putih membuatkan kereta korang tampak lebih besar dan elegan.

5. Pemandu lain lebih alert dengan kereta kita

Tidak kiralah waktu malam, pagi atau ketika hujan, kereta warna cerah seperti putih lebih mudah dilihat jika dibandingkan dengan warna lain seperti hitam. Macam kereta hitam, sewaktu hujan memang sukar dijejaki jika lupa pasang lampu.

6. Mudah dijaga

Putih adalah warna paling terang yang boleh dipilih untuk kereta dan fakta yang menarik serta terbukti adalah ‘dent’ dan calar kecil tidak kelihatan dalam warna terang.

Foto: Bestami Sarıkaya

7. Bebas habuk?

Nah, tidak secara literal. Pernah lihat kereta warna gelap dengan sedikit habuk diatasnya? Ia pasti kelihatan lebih daripada yang sebenarnya. Jadi, disinilah kereta putih diambil kira. Kereta yang dicat putih akan menyaksikan habuk sifar hingga kurang kelihatan padanya melainkan kenderaan itu terbiar selama berbulan-bulan.

8. Resale value

Sebab-sebab yang disebutkan di atas adalah mengapa orang biasanya memilih warna putih untuk kereta mereka dan semua gabungan itu menjadikan nilai jualan semula kenderaan menjadi tinggi. Jadi, jika korang mempunyai rancangan untuk menjual kereta itu dalam tempoh yang singkat, putih boleh menjadi pilihan yang tepat.

Ha, macam mana pula pendapat korang yang memilih kereta berwarna putih, betul atau tidak sebab-sebab yang dinyatakan ini? Namun apa-apa pun masing-masing punya pendapat tersendiri kan. Tepuk dada tanya selera!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman