Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana seorang itu dapat membeli rumah pada usia muda. Masa yang sama mampu pula pakai kereta idaman di saat rakan-rakan seusia masih bergelut cara terbaik untuk menyimpan.
Ada ketikanya kita tidak perlu bekerja keras tetapi hanya memerlukan “nasihat” dari pakar tentang cara membuat duit dengan mudah. Kalau korang tertanya-tanya bagaimana caranya nak mudah beli kereta dan masa yang sama dapat kumpul RM30 k dalam tempoh usia muda, baca perkongsian dari Perunding Hartanah dan Kewangan ini, Amir Syahir di Facebook miliknya.
KERETA DAPAT, DEPOSIT RUMAH PUN DAPAT
Ramai yang ingin membeli kereta pertama setelah mula bekerja. Korang nak beli kereta apa pun saya tak halang. Tapi saya nak ajar cara bijak beli kereta.
Saya kongsikan teknik bijak untuk memiliki kereta pertama disamping dapat menyimpan dana deposit rumah selepas tiga tahun.
Nak tahu tak, walaupun korang bayar ansuran kereta RM500++ sebulan, tetapi kau masih boleh dapat RM30K selepas tiga tahun? Kalau nak tahu, teruskan membaca dengan minda terbuka.
Tapi tahan dulu niat nak beli kereta untuk setahun. Setahun je tak lama. Sementara tu kau boleh tumpang kereta kawan ataupun naik pengangkutan awam. Kau patut mampu bayar bulanan RM800 lebih jika kau nak beli Myvi.
Jadi, apa kau boleh buat;
Tahun pertama, mohon ASB Financing RM150K. Keuntungan bank 5.05%, tempoh pembiayaan ASB 30 tahun. Tanpa takaful. Bulanan RM810.
Selepas setahun dividen diumumkan. Andaian dividen diumumkan 7%. Jadi, 7% X RM150K= RM10,500
RM10,500-RM6132=RM4368
Ada lagi lebihan RM4368. Simpan dalam ASB sebagai simpanan deposit rumah korang. Jangan kacau.
✅Dividen terakhir: RM10,500
✅Pulangan prinsipal (36 bulan): RM6926
✅Duit lebihan setiap tahun: RM4368 X 3 tahun = RM13,104
✔Jumlah kasar keseluruhan: RM10,500 + RM6926 + RM13,104 = RM30,530
Peh. Dalam masa tiga tahun kau boleh ada lebih RM30K untuk dijadikan deposit rumah. Itu tak termasuk kiraan bonus lagi tu. Kalau nak beli tahun keenam ke, kelima ke itu ikut korang punya perancangan. Sebab istimewa ASBF ni boleh terminate bila-bila masa. Tak ada lock in period.
Selepas kau terminate ASB Financing, kau bolehlah cari rumah murah dulu. Apartmen medium kos misalnya.
Kau boleh duduk sendiri ataupun sewakan pula rumah tu. Jadi, kau dah ada aset hartanah.
Tak mampu beli rumah sekarang tak apa. Kau kena berusaha untuk bangkit dan ubah masa depan kau. Masa muda ni lah nak cari duit. Perjalanan kau masih panjang. Kalau masa muda dah mengeluh, dah berfikir negatif, hari-hari duk salahkan orang, tak guna der. Taguna.
Kau nampak konsep dia? Kalau kau nak beli kereta ada logo H. Kau patut buat ASBF RM200K tu dulu der.
Sekurang-kurangnya selepas tiga tahun kau ada deposit untuk beli rumah. Kereta pun dapat. Rumah pun dapat.
Ini adalah idea dan cetusan idea sahaja. Bukan saya suruh ikut cara ni 100%. Kalau kau terlalu fikirkan masalah tetapi tidak memikirkan penyelesaiannya, memang kau akan berada dalam masalah tu sampai bila-bila.
Sumber : Facebook Amir Syahir