Lelaki Ini Kongsi Cara Masuk Ke Thailand Selepas Pandemik Guna ‘Border Pass’

Share

Pengembara dari Malaysia dan Thailand sudah pun dibenarkan menggunakan pas sempadan untuk memasuki kedua-dua negara berikutan hasil persetujuan dua negara bagi merancakkan kembali industri pelancongan.

Difahamkan, pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan ini perlu membuat permohonan menerusi laman portal ‘Thailand Pass’ dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara itu.

Foto: Khairul Azlan Abd Majid

Untuk lebih memudahkan, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Azlan Abd Majid

telah membuat perkongsian tentang bagaimana cara untuk masuk ke Thailand selepas pintu sempadan dibuka.
Foto: Khairul Azlan Abd Majid

Jelasnya, bagi pemegang Pas Sempadan atau ‘Border Pass’, korang boleh masuk macam biasa seperti sebelum ini. Jika bawa kenderaan sendiri, pastikan korang beli insurans kenderaan. Khairul Azlan membawa kenderaan sendiri dan membeli insurans untuk lima harga berharga RM28. Kemudian, perlu mengusi white card untuk satu nama RM2.

Foto: Khairul Azlan Abd Majid

Lelaki ini masuk mengikut pintu sempadan Padang Besar kerana laluan itu tidak sibuk seperti pintu Bukit Kayu Hitam. Sampai di imigresen, mereka akan tanya mahu ke mana dan cop seperti biasa. Maksimum untuk Pas Sempadan adalah tiga hari dan sampai Hatyai sahaja.

Namun begitu, diingatkan untuk korang roaming line telefon atau beli simkad Thailand kerana selepas check point Malaysia, korang akan melalui check point Thailand pula. Di sini, ia memerlukan internet yang kuat untuk korang scan QR code yang mereka sediakan bagi mendaftar dengan Health Declaration Thailand. Selepas itu, barulah mereka akan cop Pas Sempadan untuk sebelah Thailand.

Foto: Khairul Azlan Abd Majid

Selesai urusan pas sempadan, selepas itu sambung pula untuk transport declaration. Bagi yang membawa kenderaan atas nama sendiri, korang hanya perlu bawa geran asal atau salinan sahaja. Jika kenderaan atas nama orang lain, perlu ada surat authorization

daripada pemilik kenderaan.

Kelayakan memohon pas sempadan ini hanya untuk warganegara Malaysia yang berasal dari Perlis, Kedah, Kelantan dan Hulu Perak sahaja. Bagi warganegara Malaysia yang lain masih memerlukan pasport Malaysia Antarabangsa untuk masuk ke sana.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Selamat bercuti!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman