Setiap manusia tak lari daripada sikap lalai yang kadangkala boleh memudaratkan diri sendiri. Tak kisah la lelaki atau perempuan, kecuaian ni memang boleh berlaku pada setiap individu.
Paling kerap berlaku adalah tercicir handphone di tempat awam. Kebarangkalian untuk korang dapatkan semula adalah tipis tetapi apa yang dikongsi oleh seorang brother ni mungkin boleh membantu korang untuk mengesan kembali handphone yang hilang.
Jom kit abaca pengalaman Hafiz Azizan yang tertinggal handphone selepas lunch di sebuah restoran di pasar raya.
SAYA SALAH SEBAB CUAI
Kisahnya semalam lepas bawak anak bini lunch di Marrybrown pasaraya TF Sungai Siput. Anak pon ajak la main sekejap kat pusat game kanak-kanak depan tu..
Nak jadi cerita wife pun tertinggal phone kat situ.. Dah balik baru tersedar.. Then bila pegi balik cari.. Dah takde..
Saya tnya kaunter servis, kaunter pusat game dan kaunter Marrybrown semua cakap tak ada jumpa.. Then saya perasan ada cctv kat area pusat game tu.. Apa lagi.. Mintak tolong staff situ replay pada masa kejadian dan memang ada makhluk yg ambil kesempatan atas kecuaian saya.
Dengan nasihat seorang kawan untuk guna google, saya trace phone tu dan dapat lokasi rumah.. Dapat lokasi kedai phone juga.. (tempat-tempat yang pelaku stop beberapa ketika)
Alhamdulillah harini dah dapat semula phone tu atas bantuan pihak polis. Pelaku mengaku tak bersalah walau dah jual kat kedai. But its ok.. As long as phone tu masih dalam keadaan asal (Malas nak panjangkan hal)
So apa saya buat untuk trace semula handphone ni maybe boleh sama-sama jadi panduan.
1. Call semula phone yang hilang tu 2 ke 3 kali jarak masa yang berlainan. (Incase orang yang ambil tu tunggu untuk pulangkan). Dalam kes saya ni dia cancel call saya.
2. Trace handphone guna apps life360. Atau kalau tak ada install macam saya.. Boleh ke link bawah ni.
https://myaccount.google.com/find-your-phone
Penerangan pada setiap gambar di bawah macam mana nak guna link tu ya.
3. Rekod atau screenshot tempat-tempat penting yang dia pergi. Dalam kes saya ni.. Saya ikut dan waze ke tempat dia pergi tu.. Dia balik rumah dan ke kedai phone.
4. Report polis maklumat-maklumat yang ada dah dapat kat atas tadi. Seperti yang saya tegaskan, involve polis lebih secure.. Bukan untuk suruh polis tangkap dan humban si pelaku masuk penjara ye.
In syaa Allah, kalau ada rezeki boleh dapat semula handphone yang hilang tu..
Walau bagaimanapun, sebaiknya kita perlu lebih berhati-hati dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling. Kalau boleh, sebelum beredar tu make sure semua barang berharga ada bersama kita. Maklum saja malang tak berbau kan?