Turki merupakan antara tempat pelancongan masyarakat dunia, lebih-lebih lagi Istanbul dan Cappadocia yang memang dikenali sebagai sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi.
Sejak negara kita sudah memberi kelonggaran untuk ke luar negeri, ramai yang tidak melepaskan peluang terbang ke negara-negara luar bagi melepas geram setelah lebih kurang dua tahun ‘terkurung’ disini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih berkira-kira untuk ke luar negara kerana bimbang dengan kos perbelanjaan yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Bagi korang yang menyimpan hajat untuk ke Turki, kali ini kami ingin berkongsikan perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amri Baik, menyenaraikan itinerari sepanjang percutian di Turki kira-kira selama 10 hari. Dari Kuala Lumpur -Istanbul-Sanliurfa-Cappadocia-Ankara-Bozuyuk-Sogut-Bozuyuk-Bursa-Istanbul-Kuala Lumpur.
Difahamkan, jika korang nak tempah penerbangan domestik Turki memerlukan hes code, jadi korang tidak boleh menempah awal selagi belum memohon kod tersebut. Hes code hanya boleh dipohon 72 jam sebelum berlepas di link ini
Semua tiket bas di beli secara walk di stesen bas dan tempahan hotel dibuat ketika on the way ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel disebabkan perlu memohon hes code dan beri alamat semasa di Turki.
Semua hotel yang ditempat 90 peratus adalah walking distance ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan tersebut dan termasuk dengan sarapan pagi.
Ha, berbaloi sangatlah kan? Cuma, kos perbelanjaan ini tidaklah termasuk duit makan dan shopping di sana. Tapi setidaknya korang dah boleh buat anggaran sebelum ke Turki. Betul tak?
Dua graduan OKU penglihatan dari Universiti Malaya (UM), Partiban A/L Perumal dan Nur Izhan Fathi bin Saipul Anuwar, berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Istiadat Konvokesyen UM Ke-64.
Nur Izhan, yang merupakan graduan dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, meluahkan rasa bangga dan terharu dapat hadir ke majlis konvokesyen bersama keluarga.
“Sokongan keluarga, rakan-rakan, dan pensyarah menjadi tonggak kejayaan saya, walaupun saya mempunyai kekurangan. Hari ini, saya berasa sangat bangga dapat bergraduasi di dewan bersejarah ini, tempat yang sama di mana ibu saya juga pernah bergraduasi,” kata Nur Izhan.
Nur Izhan, yang minat dalam seni dan kreatif, bercita-cita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
Menurut Partiban pula, graduan dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, pula berkongsi bahawa hari konvokesyen ini adalah detik yang dinanti-nantikan. Beliau menganggap sokongan daripada adik-adik dan keluarga sebagai pendorong utama sepanjang pengajian.
“Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa tahun pertama saya di Universiti Malaya pada tahun 2020, iaitu ketika kemuncak pandemik Covid-19.
“Saya memilih untuk menginap di Kolej Kediaman dan belajar untuk berdikari sepanjang pengajian,” kata Partiban dengan penuh kebanggaan.
Pada tahun ini, Istiadat Konvokesyen UM Ke-64 menyaksikan seramai 9,253 graduan diarak dalam 16 sidang, yang berlangsung dari 30 November hingga 8 Disember 2024. Istiadat pembukaan sidang pertama telah disempurnakan oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Canselor Universiti Malaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UM News Portal
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang hangat diperkatakan sekarang, isu Palestin-Israel telah membuka mata dan menarik perhatian banyak selebriti dan pemimpin dunia. Saban hari semakin ramai yang terkesan dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin.
Melihatkan perkara ini, bintang bola sepak dunia mula menyatakan sokongan mereka di media sosial untuk mengajak orang ramai membantah kekejaman tersebut.
Kalau korang peminat tegar sukan bola sepak dunia, sudah tentu ada yang mengenali antara pemain bola sepak ini adalah seorang Muslim. Mereka berkongsi catatan yang menyentuh perasaan di platform media sosial bagi memberi kesedaran mengenai kekejaman Israel.
Dengan tanda pagar “Palestine” dan “Save Sheikh Jarrah”, pemain Manchester City, Riyad Mahrez merupakan di antara individu pertama yang membuat ciapan di Twitter.
Pemain Arsenal yang berasal dari Mesir, Mohamed Elneny kemudiannya menghantar mesej yang berbunyi “Sepenuh jiwa dan raga saya berikan sokongan buat kalian di Palestin.”
Beberapa bintang bola sepak yang lain dari Mesir turut memberi mesej sokongan yang sama. Ini termasuklah Ahmed Elmohamady dan Trezeguet dari Aston Villa, kapten Zamalek Shikabala dan Ahmed Hassan “Kouka” dari Olympiacos.
Mohamed Aboutrika yang sebelum ini pernah ditegur Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) kerana memakai baju-T dengan mesej “Sympathize with Gaza” selepas menjaringkan gol turut memuat naik kiriman doa buat Palestin.
Mohamed Salah
Bintang bola sepak terkenal dari Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah pula menyeru pemimpin dunia melakukan sesuatu. Beliau turut memuat naik gambarnya di hadapan Masjid Al-Aqsa. Sebelum ini, Salah pernah mencetuskan kontroversi kerana enggan bersalaman dengan pemain-pemain Maccabi Tel Aviv dari Israel.
Malah, Sadio Mane yang merupakan rakan sepasukan Salah turut berkongsi gambar Masjid Al-Aqsa dengan mesej “Free Palestine”. Dari Perancis, Franck Ribery, Benjamin Mendy dan Paul Pogba turut mengambil bahagian dengan tanda pagar “Save Sheikh Jarrah”.
Caglar Soyuncu dari Leicester City pula menghantar pesanan yang menindas kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa. Rakan sepasukan beliau, Wesley Fofana yang baru-baru ini dipuji kerana berpuasa ketika perlawanan turut berkongsi ciapan di Instagram.
Turut mendapat perhatian ialah dari Afrika Utara, Islam Slimani dan Achraf Hakimi yang memuat naik video viral Maryam al-Afifi.
Sementara itu, ada juga pasukan yang menunjukkan solidariti mereka dengan memakai selempang dan baju-T sebagai tanda sokongan terhadap Palestin sebelum memulakan perlawanan.
Ini termasuklah Club Deportivo Palestino, pasukan bola sepak Kuwait dan Turki, Cesar Cortes dari Chile, Mesut Ozil dari Turki dan Santi Cazorla dari Qatar yang memuat naik gambar pasukan mereka masing-masing. Penyokong kelab Scotland, Celtic turut bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera Palestin sebelum perlawanan menentang St. Johnstone pada hari Rabu yang lalu.
Walaupun ramai yang menyatakan sokongan dan menolak kekejaman yang dilakukan oleh zionis Israel, tetapi Perdana Menteri Israel menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk satu jangka masa.
Marilah kita sentiasa berdoa dan menyatakan solidariti bagi rakyat Palestin yang terkesan dengan peperangan yang berlaku.
Jika sebelum ini masyarakat Malaysia kagum dengan kereta api laju yang terdapat di Jepun, kini tak perlu pergi jauh, negara jiran kita Indonesia bakal melancarkan perkhidmatan pengangkutan awam itu dengan menghubungkan dua kota favorite rakyat Malaysia, Jakarta dan Bandung.
Khabarnya, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) sedang dalam fasa pembangunan dan bakal memiliki landasan sepanjang 142.3 kilometer yang membolehkan kelajuan perjalanan sehingga 350 km/j.
Ia secara tidak langsung dapat memendekkan jangka masa perjalanan dari 3 jam menerusi keretapi biasa menjadi 45 minit sahaja dengan kereta api laju ini.
Wow, menarik kan?
Indonesia juga menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan mencecah sehingga 400 km/j, menggunakan model kereta api peluru CR400AF yang diperoleh daripada CRRC.
Kereta api laju ini terdiri daripada lapan gerabak sepanjang 209 meter dan berupaya membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu masa. Ia juga mempunyai kemudahan lain antaranya seperti tempat duduk VIP dan kelas pertama, ruang makan, tandas dan mesra OKU. Projek kereta api laju ini dijangka siap menjelang tahun hadapan.
Tahukah #KawulaModa apa itu proyek Kereta Cepat Jakarta-Bandung (KCJB)? Atau mungkin pernah melihat lintasan kereta cepat yang kini tengah dibangun di sepanjang jalan Tol Cikampek? pic.twitter.com/SvMhWGbvlm
Ha, mesti ramai yang dah tak sabar dan berharap agar sempadan negara dibuka kan? Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular.
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...