
Kalau sebelum ini kita mendengar rungutan daripada pelajar universiti tentang bantuan makanan yang diberikan sepanjang musim PKP ini, sebenarnya masih ramai lagi mahasiswa yang bersyukur dan menghargai setiap apa yang diberikan kepada mereka,malah ianya lebih daripada cukup.
Melalui perkongsian daripada Rf Lias, jelasnya tidak adil sekiranya kita hanya membaca tweet pelajar yang tertekan duduk di kampus sahaja, sebaliknya masyarakat perlu ambil contoh dari sudut positif pelajar yang gembira tinggal di kolej sepanjang PKP berlangsung.
Lelaki ini turut berkongsi antara beberapa tweet daripada pelajar universiti yang melahirkan rasa kesyukuran dengan apa yang mereka dapat.
Malah, ramai juga yang menyokong tidak semua pelajar begitu ‘demand‘ dan cerewet dan menyifatkan mereka yang pernah hidup susah sahaja yang tahu bagaimana rasa bertuahnya badan bila diberi bantuan seperti ini.
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi pelajar universiti yang bersyukur dan gembira di kolej mereka sepanjang PKP. Sama-samalah kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi.
Sumber: Rf Lias & Khairul Azri
[PANAS] Al Jazeera Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit, Isu Di Sebalik Dokumentari Terbongkar

Pembikinan dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera telah memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Fakta yang kurang tepat serta cubaan memburukkan negara mengenai layanan terhadap warga asing ketika situasi pandemic COVID-19 bukan saja membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangkit marah malah pihak kerajaan juga menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh dan meminta maaf.
Ramai pihak melihat Al Jazeera mempunyai kepentingan tertentu kerana melaporkan berita tidak tepat sedangkan negara sudah memberikan 101 peratus demi menyelamatkan nyawa pendatang tanpa izin yang telah dijangkiti.
Terkini, di sebalik isu Al Jazeera tengah panas, seorang Pegawai Penerangan Malaysia, atas nama Anna Amdan di fbnya telah berkongsi kisah di sebalik pembikinan dokumentari tersebut. Malah beliau turut berkongsi call card penyampai yang juga wartawan kanan 101 East Al Jazeera English Program, Steve Chao yang dalam perkongsian di fbnya malam tadi.
Rupanya memang ada isu kerana Al Jazeera “berlakon” termasuk menyuruh krewnya berlakon menjadi Pati dan juga pesakit ketika pembikinan dokumentari itu dilakukan.
Pergh, memang panas. Ternyata Al Jazeera tiada kredibiliti dalam menyampaikan maklumat benar, seolah-olah ada udang di sebalik mi mengenai pembikinan dokumtari ini. So korang bacalah sendiri perkongsian pegawai penerangan ini.
Baca perkongsian ditulisnya.
Harap kali ini AlJazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar!
Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama negara kita.
Macam mamat hensem Steve Chao ni konon buat dokumentari nak tunjuk perkhidmatan kesihatan kita yang prihatin tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara. Beriya-iyelah kita membuat persiapan membantu proses pengambaran, bukannya susah pun memang setiap hari doktor-doktor kita merawat warga asing, legal ke illegal ke stateless ke semua ada.
Yang utama adalah 'meneyelamatkan nyawa'!. Tuh belum lagi yang cerita doktor dengan nurse kat wad pungut duit belikan tiket kapal terbang, eh macam-macamlah kita buat bantu mereka ni.
Kalau dekat negara mereka? Ada duit? Ada insurans? Itu yang doktor tanya dulu baru rawat. Kita? Rawat dulu!!! Rupanya lain yang dirakam lain yang dikata. Mereka kata kita tidak memberikan rawatan kepada warga asing.
Siap pulak tiba-tiba dalam dokumentari tu ada pesakit di wad duduk atas katil yang sebenarnya pelajar intern orang Sarawak yang merupakan salah seorang krew mereka yang kononnya pesakit warga asing yang kita tidak rawat sewajarnya.
Memang hati rasa tak sedap masa terima permohonan mereka tapi sebab ada lampiran surat kelulusan DG waktu itu maka kita pertimbangkanlah.
Bukan setakat perkhidmatan kesihatan khususnya HKL sahaja yang KENA tetapi pihak Imigresen juga ditipu hidup-hidup oleh spesis ini. Mereka masuk ke pusat tahanan kalau tak silap area Negeri Sembilan, kononnya nak buat CSR yang diketuai oleh seorang paderi.
Rupanya paderi olok-olok tu pakai kamera kecil yang diletakkan dalam jubahnya. Memanglah pusat tahanan kita bukan macam hotel 5 bintang, tapi makan 5-6kali free sehari tu apa citer.
Sambil memberi goodies mereka berlakon, ada sahaja krew mereka yang tiba-tiba menjadi orang tahanan jadi-jadian. Samalah seperti di wad dahulu tu. Patutlah bila aku selidik macam-macam pasal krew jadi-jadian tu mereka tak berapa nak layan. Rupanya ada udang di sebalik mee goreng mamak.
Berombonganlah selepas itu, aku, wakil imigresen, Wisma Putra, entah mana lagi agensi terlibat dipanggil oleh MKN gara-gara mamat AlJazeera hensem. Berkajanglah pulak nak membuat report.
Akhir kalam don't judge the book by it's cover hehehe. Kredit sumber : FB Anna Amdan
Pernah Hina Islam, Kini Presiden Perancis Dilapor Positif COVID-19

Sebelum ini dunia mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Berita terkini oleh BBC mendakwa Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan telah diuji positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Istana Elysee mengatakan bahawa beliau diuji setelah menunjukkan gejala awal COVID-19.
Menurut Sky News, Macron akan terus bekerja dan menjalankan aktivitinya dari jauh.
Namun, kenyataan ringkas yang dikeluarkan itu tidak memberikan perincian mengenai gejala yang dialami oleh Presiden Perancis itu.
Sebelum ini, pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata pembelaan Presiden Perancis terhadap kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai “tindakan bodoh” dan “penghinaan” bagi mereka yang melihatnya.
Penembak Remaja Di Sekolah St. Louis Dakwa Dirinya “Tiada Kawan, Keluarga Atau Teman Wanita..” Dalam Nota Terakhir

Bekas pelajar sebuah sekolah menengah di St. Louis, Amerika Syarikat yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan tujuh yang lain pada Isnin lalu dilaporkan meninggalkan nota akhirnya sebelum ditembak mati oleh pegawai polis.
Lapor BBC, suspek yang dikenal pasti sebagai Orlando Harris telah memecah masuk ke dalam perkarangan Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri yang juga merupakan bekas sekolahnya sewaktu pelajar berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.
Secara tiba-tiba, tembakan rambang mula dilepaskan suspek sehingga meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun dan seorang guru berusia 61 tahun. Manakala, tujuh mangsa lain; masing-masing berusia 15 ke 16 tahun tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Orlando, 19 menamatkan pengajiannya daripada sekolah yang sama pada tahun lalu dan dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Justeru, pihak FBI tercari-cari motif di sebalik tindakannya sejak Isnin lalu. Tambahan pula, Orlando bertindak berani dengan membawa pelbagai jenis senjata, termasuklah senapang jenis ‘.223-caliber AR-15’.

Hanya pada hari ini, FBI melaporkan bahawa suspek ada menulis sekeping nota dan meninggalkannya di dalam kereta yang dipandu ke sekolah pada hari kejadian.
Sewaktu ditemui pihak media, detektif bertugas Michael Sack dari St. Louis membacakan sebahagian daripada kandungan surat tersebut.
“Saya tidak mempunyai kawan, saya tidak mempunyai keluarga, saya tidak pernah mempunyai seorang teman wanita, saya tidak mempunyai kehidupan sosial. Saya telah menjadi seorang yang menjauhkan diri dan keseorang sepanjang hidup saya.
“Ini merupakan situasi sempurna untuk seorang penembak beramai-ramai,” catatnya.

Pengakuan Orlando ini sedikit-sebanyak memberikan pencerahan terhadap emosinya yang tidak stabil. Tambah detektif berkenaan, besar kemungkinan suspek menyimpan perasaan marah dan kebencian terhadap pihak lain yang mempunyai hubungan sihat dengan orang di sekeliling mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis 25 Tahun Dari Malaysia Mati Ditembak Ketika Memandu Di AS – REMAJA
Ini bukanlah kejadian tembakan rambang pertama di dalam perkarangan sekolah di Amerika Syarikat pada tahun ini. Sehingga 24 Oktober lalu, sebanyak 257 kes tembakan rambang di kawasan sekolah dan kampus telah dicatatkan – 7 kes lebih banyak daripada 250 kes yang dicatatkan SEPANJANG tahun 2021.
Dengan berbaki dua bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, kejadian Isnin lalu ini menimbulkan rasa gusar dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dan juga penduduk dunia terhadap keselamatan pelajar di kawasan yang sepatutnya dianggap selamat buat mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Menyayat Hati, 34 Maut Termasuk Kanak-Kanak Dalam Insiden Tembakan Rambang Di Pusat Jagaan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.