Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hotel Kapsul Di Muar Dengan Harga RM30 Untuk Satu Malam

Share

Sudah menjadi trend backpackers apabila mereka lebih memilih untuk menginap di hotel kapsul ketika pergi melancong sama ada di luar atau pun dalam negara.

Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, masyarakat Malaysia tidak dibenarkan untuk ke luar negara dan selepas tamat sahaja Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti di negara kita sendiri.

Mengambil masa untuk berehat dan melepaskan stres, kami percaya ramai yang sedang merancang percutian bersama rakan-rakan mahu pun keluarga tersayang.

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan antaranya adalah ke bandar Muar, Johor.

Bandaraya Muar

Pernah diiktiraf sebagai Bandar Pelancongan Terbersih Asean pada Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand, bandar Muar mempunyai tarikan tersendiri dari sudut pelancongan domestik mahupun makanan.

Nah, kalau korang penggemar Mee Bandung, disinilah tempat paling sesuai untuk dikunjungi.

Bagi korang yang inginkan percutian jimat, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azhar Jaa telah pun berkongsi satu tempat penginapan yang murah, iaitu hotel kapsul berharga hanya RM30 untuk satu malam.

Jika ada yang ingin merasai pengalaman tidur di dalam kapsul ala-ala spaceship, korang boleh memilih hotel kapsul ini ejen media sosial.

BACA: Hotel Kapsul Hanya RM28 Semalam, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berbaloi

Jom kita lihat gambar yang telah dikongsi oleh Azhar di laman Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Lokasi hotel ini juga strategik, dekat dengan bandar dan bagi yang beragama Islam, korang tidak perlu risau kerana ada ruangan khas untuk mendirikan solat.

Azhar juga meninggalkan pesan sekiranya korang cepat berasa lemas di tempat yang sempit, maka tidak digalakkan untuk cuba bermalam di hotel kapsul. Hiks!

Namun, terdapat juga bilik-bilik kontena yang lain seperti tertera dalam gambar untuk pilihan individu yang tidak suka menginap di hotel kapsul.

Hm, dengan harganya yang murah dan berbaloi, rasanya hujung minggu ini bolehlah ajak kawan-kawan untuk plan weekend getaway korang.

Have fun guys!

Sumber: Azhar Jaa

Published by
Noor Ain Norman