Lelaki Ini Kongsi Pengalaman & Prosedur Yang Perlu Dibuat Untuk Terima Suntikan Vaksin

Share

Permohonan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca telah pun dibuka pada jam 12 tengah hari Ahad lalu dan hanya beberapa jam sahaja, ia sudah habis di tempah oleh lapisan masyarakat di sekitar Lembah Klang.

Antara lokasi terpilih untuk menerima suntikan vaksin tersebut adalah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Dewan 1 Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selepas berjaya menempah slot untuk suntikan vaksin tersebut, korang akan menerima butiran temujanji dalam tempoh 48 jam melalui MySejahtera atau SMS untuk pengesahan.

Jika korang ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khairul Abdullah telah pun berkongsi pengalamannya tentang suntikan vaksin yang telah diterima.

Jom kita ikuti prosedur yang perlu dilakukan jika temu janji suntikan vaksin korang telah disahkan.

Perkara pertama yang korang perlu peka adalah dengan menyemak semula aplikasi MySejahtera. Pastikan tarikh, masa dan lokasi adalah betul. Ia akan tertulis Health Facility (stesyen/team yang nak cucuk korang) Vaccination Location (tempat korang kena pergi) dan segala tarikh yang tertera.

Langkah 1

Korang pergi ke lokasi yang telah ditetapkan dan sampai sahaja di sana, masuk dewan macam biasa scan MySejahtera terlebih dahulu. Kemudian, cari Health Facility korang kerana ada banyak health facility, so korang kena pilih yang match dalam MySejahtera korang.

Selepas itu, duduk depan hall atau ruang menunggu. Di situ korang perlu mengisi dua keping borang persetujuan. Kemudian, tunggu dalam 5 ke 20 minit.

Langkah 2

Kalau dah sampai giliran, petugas akan panggil korang. Korang perlu terus ke stesen daftar dan kena scan MySejahtera lagi. Tapi, bukan scan biasa, scan di bahagian vaksin tu. Jangan risau, petugas akan bantu korang.

Kena dua kali scan untuk pengesahan kehadiran dan pengesahan persetujuan. Selepas itu, korang diarahkan untuk submit

borang di stesen doktor.

Langkah 3

Pergi terus ke meja yang ada doktor dan tinggalkan borang tersebut. Duduk sekejap, kemudian doktor akan panggil dan beri penerangan. Dia akan tanya tentang kesihatan korang semua dan dia akan brief pasal vaksin tu apa dan bagaimana.

Kalau dah setuju semua, korang kena tandatangan dan doktor pun akan turunkan tandatangan. Satu borang akan disimpan oleh pihak mereka dan satu lagi untuk korang. Lepas tu, kena tunggu di ruang yang disediakan dalam 5-20 minit.

Langkah 4

Petugas akan panggil korang bila dah sampai giliran. Fasa ini terus ke tempat dimana ada doktor dan jururawat yang sudah bersedia nak cucuk korang. Tunjukkan borang, selepas itu buat pengesahan semua dan siap untuk dicucuk. Semuanya sekejap sahaja dan selepas itu korang perlu ke stesen seterusnya.

Langkah 5

Di sini korang kena tunggu sekejap lepas tu doktor akan panggil dan check lagi details untuk pengesahan. Selepas itu, korang kena scan MySejahtera sekali lagi. Bila dah scan tu terus masuk dalam sistem yang korang sudah divaksin.

Kemudian, mereka akan suruh korang duduk sekejap dalam 15 minit. Mereka nak perhatikan takut ada yang tumbang, pengsan dan sebagainya.

Langkah 6

Dah cukup masa mereka akan panggil semula dan mereka beri semula borang berserta kad vaksinasi. Petugas akan brief sekali lagi tentang vaksin dos kedua nanti dan juga jika ada sebarang isu atau simptom yang tak best yang korang kena buat.

Itu sahaja prosedurnya. Untuk kesan selepas suntikan pula, Khairul hanya menjelaskan bahawa dia berasa sengal seperti lenguh-lenguh di di belakang leher dan pinggang.

Bagi korang yang sudah mendapat slot untuk menerima suntikan vaksin, mungkin penerangan daripada brother ni sedikit sebanyak dapat membantu. Diharap semua urusan masyarakat di Malaysia untuk menerima vaksin dipermudahkan.

Sama-sama juga kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini segera berakhir.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman