Lelaki Ini Kongsi Sebab Kenapa Sebelum Nak Buat Pelaburan Hartanah Perlu Ada Ilmu

Share

Ramai yang menganggap sewaktu kita muda ini perlu bijak mengumpul aset kerana ia akan mendatangkan hasil yang lumayan di kemudian hari.

Disebabkan itu, ramai anak muda yang tertekan kerana masih belum mampu membeli rumah dan mula rasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan yang lain sudah memiliki beberapa buah rumah.

Hal ini telah mendapat perhatian oleh seorang pengguna Twitter yang berpengalaman dalam bidang perbankan berkongsi kisah benar yang berlaku akibat pelaburan hartanah yang dilakukan tanpa ilmu.

Gambar hiasan

Dikenali sebagai agussalimadam, jom kita ikuti thread yang telah dikongsi di laman Twitternya.

Pengalaman seciput dalam banking litigation ni membuatkan aku rasa takut untuk beli property. Berlambak kes-kes lelong rumah yang nombor ic defendan bermula dengan nombor 9. Maksudnya usia dua puluhan dah tanggung liabiliti beratus ribu hanya sebab salah beli hartanah.

Rumah banyak tapi penyewa tiada

Terpaksa tanggung rugi

Bila rumah dah disewakan pada orang lain pula, macam mana dengan kerosakan yang perlu ditanggung? Malah, kawasan itu pun dah ada pembangun rumah-rumah baru. Kalau orang lain pun sama macam korang? Beli rumah untuk buat investment, itu pun dah dikira sebagai persaingan.

Apa pula status rumah tu? Leasehold? Maksudnya tempoh pajakan dia berkurangkan? Leasehold, paling lama pun rumah tu 99 tahun. Let say kau dapat rumah tu waktu tempoh pajakan dia masih fresh 99 tahun. Kau nak jual tu mungkin dah tinggal 90,80 tahun.

So, pembeli akan fikir buat apa nak beli rumah yang tinggal 90, 80 tahun pada harga yang sama dengan rumah yang ada baki 99 tahun?

Sebab tu kalau dijual pada harga pasaran kawasan itu, hampir pasti tidak akan ada yang beli. Nak tak nak kena turunkan harga juga.

Katakan hutang dengan bank masih lagi berbaki RM250k. Agak-agak berapa korang dapat jual rumah tu? RM300k? Korang boleh cuba tetapi selalunya ia tidak akan terjual.
RM200k mungkin boleh.

Tak mampu bayar, lelong!

Lelong kali pertama gagal, bank akan bawa ke lelong kedua. Harga lelong diturunkan 10 peratus dari mv. Mungkin ada yang beli, mungkin tidak ada. Katakana tak ada yang beli, bawa ke lelong kali ketiga, turun lagi 10 peratus. Begitulah seterusnya.

Kalau nasib korang baik, bolehlah cover hutang bank. Nasib tak baik, lelong tu mungkin hanya akan berjaya selepas lelongan kali ke 7,8 mungkin. So, dah berapa banyak pengurangan harga akan dibuat?

Kena ingat, broker property ni bijak. Mereka akan kawtim geng-geng dia sahaja. Mana nak beli sewaktu harga tengah mahal.

Kesimpulannya, janganlah tamak. Beli rumah untuk duduk sendiri dengan keluarga, confirm korang tak akan rugi kerana rumah itu kita guna. Kalau nak buat untung dengan rumah, jadilah bijak. Ya memang ada property yang bagus untuk dibuat pelaburan tetapi bukan semua.

Semoga info yang dikongsi oleh agussalimadam ini dapat memberi manfaat buat semua.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman