
Kalau dah nama orang bujang, telur mata kerbau tu antara lauk wajib yang senang untuk disediakan. Bukan saja yang single, mak-mak pun kalau nak bagi anak bertambah selera, telur goreng wajib masuk dalam menu.
Dapat pula telur mata yang kuningnya masih cair, perghh sedapnya. Tapi, setiap kali kita goreng telur susah betul nak dapat telur kuning cair macam dekat kedai tu.
Nah, rupanya ada cara macam mana nak goreng telur mata. Jom ikut tip menggoreng daripada Wan Luqman yang dikongsi kepada page MAHN.
1. Pertama, kena guna kuali kecil dan kedalam sikit lekuknya sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit, jadi telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
2. Minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil terlebih dahulu, jangan pecahkan direct terus ke kuali.
3. Jangan risau, toskan dulu telur goreng tadi atas sudip bagi untuk tapis sedikit minyak yang ada. Jangan angkat terus ke pinggan. Bila keliling putih tu dah start garing sikit, bolehlah angkat.
Sebaiknya guna telur yang bersaiz D atau E, barulah telur goreng tu nampak molek je. Hiks!
Kalau nak lebih sedap, korang potongkan cili dan letak kicap. Perghh, confirm bertambah-tambah korang makan.
Kadang-kadang tak perlu pun lauk-pauk yang mewah. Dapat makan telur goreng mata kerbau macam ni pun dah cukup nikmat. Betul tak?
Pelaksanaan Peraturan Baru Raih Sokongan Masyarakat, Korea Selatan Larang Remaja Guna Instagram Selepas 10 Malam

Baru-baru ini, satu dasar terbaru telah dilaksanakan di Korea Selatan bagi mengehadkan penggunaan aplikasi Instagram kepada pengguna remaja yang berusia 14 hingga 18 tahun bertujuan untuk mengurangkan penggunaan media sosial secara berlebihan dalam golongan tersebut.
Difahamkan, dasar berkenaan merangkumi dua (2) ciri utama iaitu ‘Mod Sekatan Penggunaan’ dari 10 malam hingga 7 pagi yang akan menghalang akses kepada Instagram pada waktu tersebut dan ‘Had Masa Harian’ dimana ia akan melimitasi jumlah penggunaan kepada satu jam sehari.
Dalam pada itu, akaun pengguna remaja juga akan bertukar kepada mod ‘private’ secara automatik dan bagi pemilik akaun yang baru mendaftar pada usia yang terlibat juga akan ditetapkan kepada ‘private’ secara ‘default’ di bawah dasar yang dilaksanakan ini.

Seterusnya, bagi ‘direct message’, pengguna hanya akan menerima mesej daripada pengguna dalam senarai ‘followers’ dan ‘following’ serta akses kepada kandungan sensitif seperti keganasan akan dihadkan dengan ketara.
Selain itu, dalam pelaksanaan ini juga, pengguna Instagram bagi golongan remaja juga akan menerima notis pemberitahuan untuk meminta mereka menutup aplikasi selepas 60 minit penggunaan.
Seterusnya, mod sekatan kepada Instagram juga akan menyahaktif notifikasi dan mesej automatik akan dihantar kepada setiap ‘direct message’ dari 10 malam dan 7 pagi.

Sehubungan itu, menerusi pembaharuan ini juga difahamkan dapat memberi ibu bapa lebih kawalan ke atas akaun anak mereka. Ibu bapa juga boleh memantau kenalan anak-anak dan menetapkan had penggunaan.
Bagi remaja Korea berumur 14 hingga 16 tahun, kebenaran ibu bapa diperlukan untuk menukar akaun mereka daripada mod ‘private’ kepada ‘public’, manakala mereka yang berusia 17 tahun ke atas boleh membuat perubahan ini bebas mengikut pilihan tersendiri.

Sementara itu, dalam sebuah platform komuniti dalam talian di Korea Selatan, ramai pihak yang membincangkan dasar baharu tersebut sekaligus memberi sokongan dan bersetuju dengan pelaksanaan dasar berkenaan.
Ada di antara mereka meluahkan pendapat bahawa ramai pengguna muda mudah terdedah kepada kandungan yang tidak ditapis, termasuk bahan tontonan berbahaya dan komen berniat jahat yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mereka terutama kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Boleh Jadi Punca Pekak, Elak Korek Dan Kenali Fungsi Sebenar Tahi Telinga

Lagi dalam dikorek, lagi sedap nikmat rasanya. Betul tak? hehe
Tapi awas ye!
Dalam melayan nikmat korekan telinga tersebut, adakah korang tahu bahawa tabiat mengorek telinga dengan tujuan untuk membersihkan tahi telinga sebenarnya adalah satu tabiat yang berisiko? Lagi-lagi dengan pengunaan ‘cotton buds’ atau putik kapas.
Perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih ini teknik sebenar untuk mencuci telinga seperti dikongsinya di fb miliknya. Pakar dan juga doktor ini ada berkongsi mengenai bahaya mengorek telinga mengunakan ‘cotton bud’ atau apa jua jenis pengorek telinga.
Menurut pakar ini, korang sebenarnya tidak boleh mengorek telinga dengan apa-apa jenis pengorek sekalipun. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan telinga menjadi pekak dan pendengaran jadi ‘totally block’… tak dengar langsung!
Fungsi Tahi Telinga
Ear wax, cerumen atau tahi telinga ada fungsinya sendiri. Antaranya adalah seperti:
1. Membentuk lapisan acidic coat yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid-rich cerumen. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
So, sebenarnya korang tak perlu pun buang tahi telinga tu melainkan ada dua sebab iaitu;
1. Mengalami masalah pendengaran (kurang jelas)
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’.
Tanda-tanda impacted ear wax (tahi telinga keras)
1. Kurang pendengaran disebabkan bunyi berdesing, bunyi luar biasa, tidak normal dan sebagainya.
2. Rasa telinga tertutup atau block
3. Sakit telinga secara tiba-tiba dan tiada tanda jangkitan seperti demam
Cara Terbaik Bersihkan Telinga
Doktor menasihatkan untuk guna ubat titis telinga bagi melembutkan tahi telinga. Selain tu, ear syringing. Ada sesetengah menggunakan cara ini untuk membersihkan telinga iaitu dengan menggunakan air.
Teknik paling berkesan adalah ear suctioning , dimana doctor akan menyedut tahi telinga keluar. Ini akan dilakukan sekiranya korang mengalami masalah tahi telinga keras saja.
Sekarang dah faham kan kenapa korek telinga tu tak bagus? Moga bermanfaat kepada semua.
Sumber: Dr Ezairy M.Salih
Jika Gagal Tempah Slot Vaksin Semalam, Periksa Notifikasi MySejahtera Sekarang!

Mungkin sekali korang sudahpun berjaya menerima slot suntikan vaksin AstraZeneca
Seperti yang semua tahu, rakyat Malaysia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak semalam telah gigih ‘bertarung’ di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) bagi menempah slot suntikan dos vaksin AstraZeneca masing-masing.
Biarpun begitu, proses yang memakan masa kira-kira sejam sebelum kesemua slot habis ditempah itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Ini berikutan gangguan teknikal yang menyebabkan laman web JKJAV tergendala disebabkan jumlah trafik pemohon yang terlalu ramai pada satu-satu masa.
Warganet membawa isu tersebut ke media sosial untuk mengadu mengenai kelemahan laman web tersebut yang dipercayai kurang efisien selain sistem tempahan satu hari bagi kesemua 5 buah negeri yang diakui ramai tidak rasional.
ARTIKEL BERKAITAN : “Dari Awal Tak Lepas..” Pemohon Fasa Kedua Vaksin AstraZeneca Kecewa Dengan Sistem – REMAJA
Setelah menerima ribuan aduan rakyat, badan bertindak imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi sebuah kenyataan malam tadi telah memohon maaf di atas gangguan teknikal yang berlaku dan segala kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai ketika mencuba membuat tempahan slot suntikan itu.
Untuk makluman, kesemua 1,261,000 dos vaksin yang ditawarkan habis ditempah.
Namun begitu, tinjauan REMAJA kepada aplikasi MySejahtera pada pagi tadi mendapati notifikasi slot suntikan dos vaksin secara tiba-tiba muncul!
Perkara ini turut dialami oleh beberapa lagi warganet yang yang mendapat notifikasi lambat itu. Kata mereka, sangkaan awal bahawa mereka gagal untuk mendapatkan slot ternyata meleset apabila tarikh temujanji baru saja didapati pada hari ini.
Alhamdulillah already checked at #MySejahtera for 1st vaccination appointment🤲🏻💉✨ pic.twitter.com/a1xkfSCQly
— Qayyum🇲🇾🇵🇸 (@yumrahman_) May 27, 2021
Guy I secured appointment for AZ vaccine 😭😭😭 pada siapa yg failed registration semalam try check MySejahtera maybe korang dapat. @day_rainee bring me luck today 💛 pic.twitter.com/89PzMJ5ipq
— 🧈 MiloJin⁷ •‿• (@OneulKim_) May 27, 2021
Sementara itu, ada juga pemohon yang mendapati mereka telahpun dijadualkan menerima suntikan dos di lokasi berbeza berbanding yang dimohon oleh mereka.
Biarpun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak JKJAV mahupun CITF berkenaan kelewatan sistem ataupun lokasi penerimaan vaksin tersebut, mungkin sekali ia berlaku akibat gangguan teknikal semalam ataupun terdapat kekosongan di hub berbeza yang perlu dipenuhi.
ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Kimia Ini Jelas Kebaikan & Kesan Paracetamol, Kenapa Diambil Selepas Terima Vaksin – REMAJA
BACA LAGI : Umur Bukan ‘Tiket’ Kebal Covid-19, Remaja Lelaki Tanpa Sejarah Penyakit Korban Terbaru – REMAJA