Ramai yang berpendapat bahawa hanya mereka yang bergaji besar saja boleh menyimpan wang kerana menganggap individu ini mempunyai wang lebihan untuk diasingkan sebagai simpanan.
Namun begitu, ini semua bukanlah alasan bagi korang yang bergaji sederhana untuk menyimpan duit. Pernah dengar pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’?
Kalau dah memang korang betul-betul bersungguh dan berusaha, pasti ada jalan untuk menyimpan sedikit walaupun tak banyak mana.
Seperti yang dilakukan oleh Syafiq Mustafa ini, threadnya di twitter pernah menjadi viral kerana dia berjaya menyimpan wang sebanyak RM12 ribu hanya dalam masa tiga bulan.
Wah, macam mana lelaki ni buat?
Jom kita baca tip yang telah dikongsi.
Walau bagaimanapun, ada suara-suara yang bercakap “duduk rumah parents boleh la. Kau tak ada tanggungan lagi masa ni.”
Lelaki ini mengaku bahawa semua benda tu betul tetapi kalau difikirkan semula, agak-agak kalau kita boleh ke simpan RM12 ribu dalam masa tiga bulan even
duduk rumah keluarga? Hmm.. Hiks!Jadi sebab itu kami katakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Kalau kita benar-benar berusaha dan bersungguh, pasti tidak ada apa yang mustahil.
Betul tak?