Indonesia merupakan negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Selain daripada bentuk buminya yang indah untuk diterokai, kos perjalanan ke negara itu juga boleh dikatakan agak rendah dan mampu dijejaki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun sudah lebih kurang dua tahun kita tidak lagi berpeluang ke sana sejak pandemik COVID-19 melanda. Tentunya ramai yang merindui untuk melancong ke Indonesia.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya proses perjalanan ke Indonesia semasa pandemik ini, salah seorang warga Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Zaddam Zahir telah pun berkongsi pengalamannya berkunjung ke Jakarta atas urusan yang perlu disempurnakannya.
Lelaki ini turut berkongsi proses yang dilaluinya sewaktu selamat mendarat ke negara jiran itu. Jom ikuti kisahnya ini :
Saya selamat mendarat di Jakarta semalam dan sampai di hotel kuarantin pukul 8.00 malam waktu Indonesia setelah proses yang panjang. Berikut saya bagi tip pada sesiapa yang nak masuk Indonesia.
01 Perlu ada visa (boleh dibuat di kedutaan Indonesia), masuk atas visa kerja kerana tiada visa melancong atau wisata diberikan pada masa ini. Surat visa akan ditanya sewaktu check-in di airport. Syarikat penerbangan akan approve check-in jika ada visa.
2. Perlu lalui ujian PCR tiga hari sebelum berlepas. Jangan lupa bawa surat keputusan ujian PCR itu.
3. Surat medical check up (kerana ada tertulis pintu masuk screening di ketibaan lapangan terbang Jakarta bagi ketibaan antarabangsa) pada yang ada. Jika tidak ada, cukup sekadar sediakan surat ujian PCR.
4. Hotel kuarantin terdapatdi Jakarta. Sebelum beli tiket pesawat, pastikan korang sudah tempah hotel kuarantin. Susah nak dapat hotel kuarantin jika bertolak kurang daripada lima hari. Lebih baik tempah hotel dalam 10 hari sebelum mendarat di sana.
5. Setelah sampai, korang akan disaring oleh pasukan kesihatan bandar udara Sukarno Hatta. Ujian PCR juga akan dibuat sekali lagi.
Tunggu dua jam untuk menantikan keputusan PCR. Jika hasilnya negatif, korang akan dijemput oleh pengurus hotel kuarantin untuk ke hotel. Tempoh masa kuarantin adalah 10 hari 9 malam dan rata-rata pakej hotel kuarantin 10 hari 9 malam berharga lebih kurang RM3,000.
6. Semua penerbangan antarabangsa akan terlebih dahulu memasuki Jakarta. Tiada memasuki Indonesia menggunakan lapangan terbang antarabangsa lain. Setelah korang menjalani kuarantin 10 hari, korang boleh ke mana-mana destinasi pelancongan Indonesia.
7. Sewaktu pemeriksaan imigresen Indonesia, pihak Imigresen akan ingin melihat tiket pulang ke Malaysia. Sekiranya tiada tiket pulang, mereka akan menunggu pengunjung untuk membeli tiket pulang dan tunjukkan kepada mereka sebagai bukti korang di Indonesia untuk satu tempoh waktu saja.
Ini kerana mereka tidak mahu pengunjung untuk berada di Indonesia bagi satu tempoh yang lama ketika waktu pandemik WALAUPUN visa melawat selama 60 hari telah korang terima.
*
Boleh tahan rumit juga ya. Khabarnya, ini hanyalah khusus untuk mereka yang mempunyai urusan penting seperti pekerjaan dan perniagaan di Indonesia. Bagi tujuan pelancongan, Malaysia masih belum tergolong dalam senarai negara yang dibenarkan untuk melancong ke Indonesia.
Tidak mengapalah, kita cuti-cuti Malaysia dulu okay?
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.