Lelaki Ini Tinggal Di Airport Lebih Tiga Bulan Kerana Takutkan COVID-19. Akhirnya Tertangkap Oleh Pihak Berkuasa

Share

Seorang lelaki California yang dikatakan polis mengaku terlalu takut untuk terbang kerana COVID-19 bersembunyi selama tiga bulan di kawasan yang selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa.

Aditya Singh, 36 tahun, didakwa melakukan kesalahan jenayah ke kawasan larangan lapangan terbang dan kesalahan pencurian. Dia yang tiba di Lapangan Terbang O’Hare dari Loas Angeles pada 19 Oktober tahun lalu telah tinggal di zon keselamatan lapangan terbang itu tanpa dikesan.

Aditya Singh. Sumber gambar: Chicago Police Department

BAGAIMANA DIA TAK TERTANGKAP?

Nasibnya berubah apabila pada Sabtu lalu, dua pekerja United Airlines mendekati Aditya dan meminta untuk melihat identitinya. Dia yang cuba berlagak selamba menurunkan topeng muka dan menunjukkan kepada mereka lencana ID lapangan terbang yang dipakainya di lehernya.

Menariknya, lencana yang dipakai itu sebenarnya milik pengurus operasi yang melaporkannya hilang pada 26 Oktober. Pekerja menelefon 911 dan sekaligus polis menahannya sekitar jam 11:10 pagi Sabtu di Terminal 2 berhampiran Pintu F12.

Singh yang merupakan seorang penganggur tinggal di pinggir bandar Orange di Los Angeles dengan rakan sebilik dan tidak mempunyai latar belakang jenayah. Dia memiliki ijazah sarjana dalam bidang hospitaliti.

Ekoran tangkapan ini, Singh tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke lapangan terbang tersebut jika dia mampu membayar wang USD1’000 untuk ikat jamin.Menurut hakim lagi, dia boleh dikategorikan sebagai berbahaya kerana lapangan terbang sepatutnya menjadi tempat yang selamat agar masyarakat berasa selamat untuk terbang.

Sumber: chicagotribune.com

Published by
Fiezreen